Utusan Borneo (Sarawak)

12 pertubuhan terima MRP daripada ADUN Bukit Goram

-

KAPIT: Sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan, kelab dan persatuan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram menerima peruntukan kerajaan berjumlah RM88,000.

Penerima ialah Kelab Sukan Rekreasi Motosikal Teresang Kapit, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Baru, Persatuan Klan Zhang Kapit, Persatuan Veteran Tentera Cawangan Kapit, Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Kapit dan Jawatankua­sa Perkhidmat­an Warga Emas Kapit.

Turut menerima ialah Persatuan Pemilik Restoran dan Kedai Kopi Kapit, Persatuan Tan San Ten, Persatuan Badminton Bahagian Kapit, Persatuan Foochow Kapit, Persatuan Pemilik Gerai Kapit dan Persatuan Kwang Tung.

Majlis penyerahan geran tersebut disempurna­kan oleh ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat.

Dalam ucapannya, Jamit menyeru rakyat di kawasan DUN Bukit Goram supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) demi memastikan pembanguna­n berterusan di kawasan tersebut.

Katanya sejak Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dilantik menjadi Tim- balan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pelbagai program dan projek pembanguna­n rakyat dilaksanak­an di bahagian Kapit.

“Ini jelas dilihat dengan projek pembinaan Jalan Kapit/Song/ Kanowit menelan kos sejumlah RM700 juta kini sedang rancak dilaksanak­an.

“Banyak jalan kampung menghubung­kan rumah panjang terletak di tebing sebelah selatan Sungai Rejang dibina untuk menghubung­kan rumah-rumah panjang tersebut dengan jalan utama,” jelasnya.

Selain itu, jalan dari simpang Kapit/Song ke SK Nanga Yong juga dibina.

“Kini guru, ibu bapa dan penduduk setempat dapat melalui jalan darat dari Kapit terus ke sekolah tersebut berbanding sebelum ini hanya dapat dihubungi dengan jalan sungai,” katanya.

Menurutnya, kerajaan BN terus memberi tumpuan kepada pembanguna­n rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Selain projek kecil luar bandar, pelbagai projek seperti pembinaan jeti besi, jambatan, laluan berjalan kaki simen, bekalan elektrik dan air bersih dilaksanak­an melalui Program Transforma­si Luar Bandar bagi manfaat penduduk rumah panjang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia