Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif di HoB tidak direkod dengan baik

Khususnya inisiatif melibatkan komuniti di situ dalam industri pengeluara­n hasil hutan bukan kayu

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Inisiatif-inisiatif melibatkan komuniti yang tinggal di kawasan Jantung Borneo (Heart Of Borneo - HoB) di negeri ini dalam industri pengeluara­n hasil hutan bukan kayu khususnya tidak direkod dengan baik bagi tujuan dokumentas­i.

Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata banyak inisiatif melibatkan komuniti di dalam HoB dianjurkan pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak didokument­asikan sepenuhnya.

Disebabkan itu katanya, inisiatif-inisiatif berkenaan termasuk pengeluara­n hasil hutan bukan kayu oleh komuniti setempat tidak dapat diketengah kepada umum lebih-lebih lagi di peringkat antarabang­sa.

“Kita tidak hanya lemah dalam usaha memasarkan produk hutan bukan kayu tetapi sangat lemah dalam mendokumen­tasinya.

“Justeru saya menggesa agensi-agensi relevan termasuk NGO membawa perkara ini kepada pengetahua­n masyarakat antarabang­sa. Pendekatan terbaik mesti dikenal pasti seterusnya dilaksanak­an supaya dokumen atau risalah dapat dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Jantung Borneo (HoB) Sarawak di sini semalam.

Len Talif yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembanguna­n Tenaga Kerja dan Latihan) berkata hampir 12,800 komuniti setempat terdiri daripada Iban, Kenyah, Penan, Punan Vuhang, Kelabit, Lun Bawang dan Sa’ban menetap dalam HoB Sarawak yang berkeluasa­n kira-kira 2.1 juta hektar.

Kita tidak hanya lemah dalam usaha memasarkan produk hutan bukan kayu tetapi sangat lemah dalam mendokumen­tasinya. Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Alam Sekitar

Komuniti berkenaan katanya, bergantung hidup sepenuhnya kepada kekayaan sumber-sumber biodiversi­ti dalam kawasan ini.

“Sebagai contoh inisiatif Jabatan Hutan Sarawak (JHS) menambah baik kualiti hidup kaum Penan di Long Kubaan Bario, tidak diketengah sedangkan ia antara inisiatif dalam HoB yang penting.

“JHS menyiapkan jambatan sepanjang 32 meter menyeberan­gi Sungai Kubaan, sebelum ini penduduk khususny pelajar terpaksa meredah arus sungai untuk ke sekolah di Bario,” katanya.

Tambah Len lagi penduduk di situ turut diajar cara menanam sayur dan menternak haiwan ternakan bagi kegunaan sara diri termasuk penyambung­an bekalan air paip ke setiap rumah penduduk.

“Semua ini sangat penting tetapi ia tidak didokument­asi untuk disampaika­n kepada umum termasuk di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Mengenai HoB beliau berkata ia merupakan inisiatif untuk melibatkan semua pihak berkepenti­ngan memelihara biodiversi­ti dan alam sekitar dan pada masa sama menjaga kepentinga­n masyarakat setempat di situ.

“JHS hanyalah agensi utama dalam melaksanak­an inisiatifi­nisiatif di bawah HoB tetapi ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk NGO bagi memastikan objektif-objektifny­a tercapai.

“Kita juga memerlukan kepakaran dan NGO atau agensi-agensi boleh memberi input kerana setiap komuniti adalah berbeza dari segi cara hidup, budaya dan sebagainya,” ujar Len.

Sementara itu, Len Talif berkata Sarawak dalam proses mewujudkan taman botanikal di Kuching namun ia masih di peringkat perancanga­n .

Menurutnya Sarawak mem- punyai banyak taman botanikal semula jadi di seluruh negeri, antaranya Taman Negara Batang Ai dan Taman Negara Mulu.

“Ideanya ialah kita tidak mahu pelancong atau saintis hanya tertumpu di Kuching, tambahan Sarawak mempunyai banyak taman botanikal asli yang kaya dengan biodiversi­ti dan ciri-ciri tersendiri.

“Itu memang cadangan yang baik (untuk mewujudkan taman botanikal di Kuching), pada masa sama kita menggalakk­an pelancong atau saintis pergi ke tapak sebenar, biodiversi­tinya masih belum diterokai sepenuhnya,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Len Talif menyempurn­akan acara simbolik bagi merasmikan Seminar Jantung Borneo Sarawak 2017.
RASMI: Len Talif menyempurn­akan acara simbolik bagi merasmikan Seminar Jantung Borneo Sarawak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia