Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia, New Zealand yakin MNZFTA akan terus tingkat hubungan dua hala

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan New Zealand menyatakan keyakinan bahawa Perjanjian Perdaganga­n Bebas MalaysiaNe­w Zealand ( MNZFTA) akan terus memperting­katkan hubungan perdaganga­n, pelaburan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarka­n Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) semalam, menteri perdaganga­n keduadua negara mengesahka­n semula komitmen mereka untuk berkongsi visi perjanjian itu sebagai platform berkesan serta menyeluruh bagi memberi manfaat perdaganga­n dan pelaburan kepada kedua-dua negara.

Kedua- dua pihak melahirkan komitmen masingmasi­ng, termasuk berkaitan pemansuhan tarif, liberalisa­si perkhidmat­an, layanan pelaburan dan pewujudan rangka kerja dan mekanisme institusi untuk pengurusan perjanjian tersebut, menurut kenyataan itu.

Menteri Perdaganga­n New Zealand, Todd McClay dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bertemu di Lima, Peru pada 18 Nov, dan mereka memperakui kesimpulan Kajian Semula Am Perjanjian Perdaganga­n Bebas Malaysia-New Zealand, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2010.

Kedua-dua menteri itu bersetuju bahawa aliran perdaganga­n dan pelaburan antara kedua-dua ekonomi adalah disokong hubungan erat dan kerjasama.

“Perjanjian itu merupakan satu pencapaian penting untuk ekonomi kedua-dua negara, mewujudkan platform kukuh bagi membangunk­an peluang perdaganga­n dan pelaburan seterusnya.

“Mereka menerima Laporan Kajian Semula itu yang menyimpulk­an operasi dan pelaksanaa­n perjanjian berkenaan adalah menepati objektif perjanjian untuk mengukuhka­n hubungan dua hala Malaysia-New Zealand dan meliberali­sasikan serta mengembang­kan perdaganga­n dua hala,” menurut kenyataan bersama itu.

Eksport barangan New Zealand ke Malaysia meningkat 34 peratus kepada NZ$943 juta (AS$665 juta) pada 2015, daripada NZ$705 juta (AS$444 juta) pada 2009.

Sementara itu, eksport barangan Malaysia ke New Zealand melonjak 70 peratus kepada NZ$1.46 bilion (AS$1.02 bilion) pada 2015, daripada NZ$0.9 bilion

( AS$ 0.55 bilion) pada 2009.

Eksport perkhidmat­an, aliran pelaburan dan jumlah pelancong juga turut meningkat sejak MNZFTA dikuatkuas­akan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia