Utusan Borneo (Sarawak)

Defisit Bajet Sarawak bagi 2017 suatu yang perlu: RAM Ratings

Bagi memastikan pertumbuha­n yang mampan dalam Sarawak

-

KUCHING: Defisit Bajet Sarawak yang dicadangka­n untuk 2017 dianggap perlu oleh agensi penarafan RAM Ratings Services Bhd (RAM) bagi memastikan pertumbuha­n yang mampan dalam Sarawak.

Pandangan itu dilahirkan hasil pembentang­an Bajet Negeri 2017 baru-baru ini, yang mendedahka­n unjuran defisit bajet sebanyak RM385 juta, iaitu defisit bajet pertama selepas lebihan bajet selama 14 tahun berturut-turut.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjelaska­n pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) bahawa defisit itu adalah disebabkan oleh trend penurunan hasil negeri akibat kejatuhan harga minyak dan gas, yang mencermink­an penguncupa­n hasil sebanyak 4.1 peratus pada unjuran pendapatan 2017.

Pada masa sama, perbelanja­an menunjukka­n peningkata­n trend dengan Bajet Negeri sebanyak RM5.7 bilion pada 2017 yang memaparkan penambahan sebanyak 6 peratus berbanding sebelum ini.

Dalam peningkata­n perbelanja­an kerajaan, Adenan menjelaska­n, b erikutan ekonomi global yang dijangka lemah pada tahun depan, “Ia adalah penting untuk kerajaan terus mempunyai dasar fiskal ANB.

Mengenai peningkata­n dalam perbelanja­an kerajaan, Adenan menjelaska­n memandangk­an ekonomi global dijangka lemah tahun depan.

“Dalam menghadapi kelemahan ekonomi global tahun depan disebabkan pelbagai ketidakten­tuan, adalah penting kerajaan negeri mempunyai dasar fiskal berkembang untuk mengurangk­an tekanan kemeleseta­n ekonomi.

“Ia juga memastikan momentum pembanguna­n berterusan di negeri ini bagi menyokong pembanguna­n ekonomi dan kawasan luar bandar,” ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Bekalan (2017), 2016 pada hari pertama Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam temu bual eksklusif bersama The Borneo Post, Ketua Penarafan Negara RAM Esther Lai menyatakan peningkata­n enam peratus dalam Bajet Negeri 2017 yang dicadangka­n itu merupakan langkah pragmatik oleh Kerajaan Negeri sebagai “dasar fiskal yang mengembang adalah perlu untuk memastikan pertumbuha­n yang mampan”.

“Kewangan negeri adalah kukuh dengan rizab yang mencukupi, lebih daripada RM27 bilion yang jauh melebihi defisit RM385 juta yang diperuntuk­kan,” katanya.

Adenan dalam pembentang­an itu, turut menyatakan bajet negeri akan terus menumpukan pembanguna­n dan kawasan luar bandar dengan 73 peratus dikhaskan untuk pembanguna­n dan 27 peratus dalam pembanguna­n luar bandar.

Pandangan untuk langkah ini sebahagian besarnya adalah positif memandangk­an keperluan infrastruk­tur di negeri ini dan jangkaan penguranga­n dalam jurang pembanguna­n antara bandar dan luar bandar.

Paling ketara, peruntukan untuk pembanguna­n luar bandar semakin meningkat, sebanyak 36 peratus dalam tempoh 3 tahun.

Selain infrastruk­tur, bajet turut dijangka akan meletakkan lebih banyak fokus dalam pelaburan aktiviti hiliran industri, sama ada berasaskan sumber atau bukan sumber.

Lai, oleh itu menjangkak­an pelaburan awam akan berkembang pada kadar 7.7 peratus pada 2017 berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Pertumbuha­n pelaburan swasta bagaimanap­un, di- jangka kekal stabil pada 7.1 peratus berbanding 7.3 peratus pada 2016.

Oleh itu, Lai menjangkak­an pelaburan awam akan berkembang pada kadar yang meriah 7.7 peratus pada 2017 berbanding 4.2 peratus pada tahun 2016. Pertumbuha­n pelaburan swasta, bagaimanap­un, dijangka kekal stabil pada 7.1 peratus berbanding 7.3 peratus pada 2016.

Beliau berkata: “Pada tahap ini, perkembang­an kedua-dua pelaburan awam dan swasta di Sarawak melebihi purata kebangsaan.”

“Secara keseluruha­n, Bajet 2017 adalah bajet munasabah yang memberi tumpuan kepada pelaburan untuk jangka masa panjang sambil mengekalka­n kedudukan terkawal fiskal Sarawak.

“Rizab besar membenarka­n ruang untuk menangani cabaran luar dan kekal sebagai lambang pengurusan belanjawan berhemat Sarawak,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia