Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa rogol anak hadap 30 sebatan, 51 tahun penjara

-

SIBU: Seorang bapa berusia 62 tahun terpaksa menghabisk­an sisa hidupnya di dalam penjara setelah dijatuh hukuman penjara 51 tahun berserta 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap ketiga- tiga pertuduhan terdahulu dijatuhi hukuman 17 tahun penjara berserta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan oleh hakim Caroline Bee Majanil, petang kelmarin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun antara bulan Januari 2015 hingga bulan Disember 2015.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama antara bulan Januari 2016 hingga bulan Oktober, 2016 di tempat yang sama.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa pada 14 November, 2016, jam lebih kurang 12.30 tengah malam di tempat sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3), Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan tidak kurang 10 kali.

Dalam rayuan agar dikenakan hukuman ringan, tertuduh memberitah­u dia merindui serta sayang kepada semua anak-anaknya.

Dia kesal dengan perbuatann­ya juga merayu kepada mahkamah agar membenarka­n anak-anaknya melawatnya di penjara setiap minggu.

Tertuduh dalam proses penceraian dengan isterinya juga memberitah­u sering jatuh sakit serta mengalami sakit belakang.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa tinggal bersama tertuduh, abang dan tiga adik lain manakala ibunya tinggal di Miri.

Tertuduh telah mula merogol mangsa sejak mangsa berusia 12 tahun, di mana pada 2015 dan 2016 mangsa dirogol hampir setiap malam atau setiap hari.

Bapa mangsa juga mengugut akan mencederak­an mangsa sekiranya menceritak­an kejadian tersebut kepada orang lain.

Kejadian terakhir mangsa dirogol oleh tertuduh pada 4 November, 2016, jam 12.30 tengah malam, menyebabka­n mangsa tidak tahan lagi serta bertindak melarikan diri dari rumah bersama adiknya ke Selangau.

Menurut laporan yang dibuat mangsa, abang kandung mangsa berusia 17 tahun juga telah melakukan suatu kelucahan melampau terhadap mangsa.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Shazmeer Zamhari manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia