Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan ulang tahun ke-30 PWPM meriah serta signifikan

- Oleh Cecilia Sman

SAMBUTAN ulang tahun ke-30 Persatuan Wanita Petroleum Miri (PWPM) pada 12 Nov lepas sungguh bermakna serta signifikan bagi 170 ahli persatuan dari 20 negara yang hadir.

Dalam kegembiraa­n menyambut kejayaanny­a kekal aktif dan relevan, para ahli disaran memperheba­tkan lagi aktiviti untuk mempromosi keamanan universal.

Seruan tersebut dibuat pengasas dan presiden pertama persatuan (198687) Mary Jaya semasa merasmikan majlis makan malam Ulang Tahun Ke-30 PWPM di Hotel Miri Marriot

“Saya amat kagum dengan PWPM yang masih aktif mengadakan pelbagai aktiviti. Namun begitu perhebatka­nlah usaha PWPM untuk mempromosi­kan keamanan dunia, dengan mengadakan hubungan pintar dengan pelbagai persatuan di dunia ini yang mempunyai visi yang sama untuk mengurangk­an insiden peperangan dan keganasan yang sangat membimbang­kan dunia sekarang,” katanya.

Terdahulu Presiden PWPM Srimurniya­ti Cranfield dalam ucapannya berkata, PWPM giat menjalan pelbagai aktiviti selaras dengan objektif penubuhan seperti mempromosi keamanan universal, meningkatk­an pemahaman ahli-ahli mengenai kepelbagai­an budaya selain pertukaran perkongsia­n maklumat dan mengadakan projek kemasyarak­atan.

Antaranya pengelolaa­n Rumah Terbuka ASEAN sempena hari Kemerdekaa­n Malaysia, Indonesia dan Filipina, sementara aktiviti mingguan termasuk tarian, demonstras­i memasak dan membuat kraf.

Pada majlis tersebut tetamu diberikan penerangan ringkas melalui tayangan video tentang aktiviti persatuan sejak penubuhan persatuan 30 tahun lepas.

Turut diadakan majlis memotong kek ulang tahun ke-30 PWPM yang dipimpin oleh Mary bersama Srimurniya­ti disertai beberapa bekas presiden serta ahli-ahli exco terkini PWPM.

Majlis dimeriahka­n lagi dengan pelbagai persembaha­n nyanyian dan tarian oleh ahli-ahli persatuan dan tetamu jemputan, seperti tarian rampaian Malaysia dan Bollywood, tarian Filipina, Indonesia dan tarian Scottish, ‘Saturday Night Fever” dan pocopoco. Turut diadakan cabutan tiket bertuah.

Antara yang hadir isteri Datuk Bandar Bandaraya Miri Rita Lau, Penasihat Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Datuk Ursula Goh, Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Malaysia, Cabang Miri Datin Juriah Abdullah, Penaung PWPM Tan Mung Sar dan isteri Pengarah Urusan Sarawak Shell Berhad Simon Durkin iaitu Liz Durkin.

PWPM ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan pada 12 Nov 1986 dengan keahlian terbuka kepada semua wanita berumur 18 tahun ke atas. Pada permulaan PWPM diwujudkan untuk menghimpun isteri kakitangan Shell, Petronas dan syarikat berasaskan minyak dan gas.

Kini PWPM mempunyai lebih 120 ahli dari lebih 20 buah negara termasuk Malaysia, Filipina, Indonesia, India, Kanada, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Jepun.

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Mary bersama Cranfield serta beberapa bekas presiden dan ahli Exco PWPM memotong kek ulang tahun ke-30 PWPM. WARNA-WARNI: Persembaha­n tarian yang mempersona­kan daripada ahli-ahli warga Filipina. INDAH: Ahli-ahli warga Indonesia...
SELAMAT ULANG TAHUN: Mary bersama Cranfield serta beberapa bekas presiden dan ahli Exco PWPM memotong kek ulang tahun ke-30 PWPM. WARNA-WARNI: Persembaha­n tarian yang mempersona­kan daripada ahli-ahli warga Filipina. INDAH: Ahli-ahli warga Indonesia...
 ??  ??
 ??  ?? BUAH TANGAN: Cranfield (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Mary yang direka khas oleh ahli PWPM, Adeline Soh.
BUAH TANGAN: Cranfield (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Mary yang direka khas oleh ahli PWPM, Adeline Soh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia