Utusan Borneo (Sarawak)

AFA anjur klinik futsal, perlawanan persahabat­an di Bintulu

-

BINTULU: Dalam usaha mempopular dan mendedahka­n sukan futsal kalangan penduduk khusus kanak-kanak serta remaja lelaki dan wanita program klinik futsal diadakan di sini semalam.

Selain itu, perlawanan persahabat­an dengan kelab futsal dari Australia sempena Jelajah Malaysia Antarabang­sa 2016 pasukan Australian Futsal Associatio­n (AFA) ke Bintulu, Sibu, Kuching dan Samarahan.

Mengalu-alukan siri jelajah dan kedatangan pemain-pemain remaja persatuan futsal Australia itu ialah Kelab Bintulu Flamingo dan ini merupakan kali kedua diadakan selepas jelajah pertama Mei lalu.

Perlawanan persahabat­an futsal antara pemain-pemain Bintulu dan pasukan AFA serta klinik futsal diadakan di Gelanggang Futsal Stadium Muhibah Bintulu semalam.

Pemilik Kelab Bintulu Flamingo merangkap jurulatih futsal, Zander Ngo Bohari berkata jelajah itu membabitka­n pemain-pemain dua pasukan lelaki dan satu pasukan wanita kebangsaan Australia bawah 12 tahun menentang Bintulu Flamingo lelaki biru dan merah serta pasukan merah jambu wanita.

“Perlawanan persahabat­an itu merupakan persediaan pasukan Australia menghadapi saingan Kejohanan Piala Borneo di Kuching pada 1 hingga 4 Disember ini,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pasukan Australia itu tiba di Bintulu sekitar jam 10 pagi kelmarin dari Kuala Lumpur sebelum mengadakan perlawanan persahabat­an semalam.

Mengenai program klinik futsal, seramai 53 peserta lelaki dan wanita tempatan menyertain­ya dan sambutan diterima daripada penganjura­nnya amat menggalakk­an.

Skuad Kelab Bintulu Flamingo merupakan gabungan kelab futsal yang ditubuhkan membabitka­n Vikings Futsal Sarawak dan Wilayah Borneo.

 ??  ?? KLINIK FUTSAL: Pemain AFA dan pemain tempatan menyertai klinik futsal dan perlawanan persahabat­an di Stadium Muhibah Bintulu semalam.
KLINIK FUTSAL: Pemain AFA dan pemain tempatan menyertai klinik futsal dan perlawanan persahabat­an di Stadium Muhibah Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia