Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diharap wujud sistem keselamata­n sosial bersepadu

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan diharap mewujudkan sistem keselamata­n sosial yang lebih bersepadu agar segenap lapisan rakyat boleh dilindungi apabila mereka bersara nanti.

Kini, wujud pelbagai badan yang memberikan faedah keselamata­n sosial seperti Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) dan sebagainya, tetapi tanpa koordinasi di peringkat tertinggi, kemungkina­n besar ada golongan yang bakal tercicir di saat mereka paling memerlukan iaitu di ambang persaraan.

Seorang pesara polis, Mohd Zainal Baharom, 63, berkata saranan tersebut timbul setelah mengambil kira keadaan ekonomi semasa yang kian mencabar berikutan perkembang­an ekonomi global serta kos perubatan yang semakin meningkat.

“Saya sebenarnya bimbang jika tidak cukup wang persaraan sedia ada hasil daripada caruman KWSP, KWAP (Kumpulan Wang Persaraan) ataupun simpanan dalam ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad), bagaimana agaknya nasib rakyat apabila berdepan hari tua.

“Rakyat itu pula termasukla­h anak-anak saya yang mempunyai gaji sederhana, yang mana mereka juga ada simpanan KWSP dan bank tetapi cukupkah ia untuk mereka nanti? Harga barang mesti meningkat dan nilai wang kita pun berkuranga­n,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Kini, terpulang kepada individu untuk mencari sendiri satu pelan persaraan yang memenuhi keperluan persaraan dan yang boleh menampung perbelanja­an perubatan kerana tiada pelan sedemikian yang ditawarkan secara bersepadu olehmanama­na badan keselamata­n sosial sedia ada.

Mohd Zainal berkata kerajaan boleh mencontohi pelanpelan persaraan yang komprehens­if kini ditawarkan syarikat- syarikat insurans, jika ingin melaksanak­annya.

“Pelan yang ditawarkan itu (syarikat insurans) menarik kerana pembayaran­nya setiap bulan merangkumi simpanan pada hari tua dan juga perlindung­ankesihata­n.

“Ini sesuatu yang tidak merugikan dan saya sendiri mempunyai pelan berkenaan,” kata beliau.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Ahmad Azree Ashar, 28, berkata beliau sudah bekerja lapan tahun, namun tidak yakin sama ada carumannya di KWSP nanti mencukupi atau tidak untuk persaraann­ya bersama isteri.

“Baru-baru ini, saya membeli rumah dan sudah mengeluark­an simpanan dari Akaun 2 (KWSP) untuk deposit. Jadi, saya tidak rasa ia akan mencukupi dan berikutan itu, saya telah mengambil pelan persaraan yang ditawarkan syarikat insurans.

“Setiap bulan, saya membayar RM180 dan saya rasa berbaloi kerana ini akan menjadi satu sumber kewangan saya pada masa tua, selain daripada simpanan sendiri di bank,” katanya lagi.

Dalam pada itu, seorang perunding insurans Nur Athira Syezlin Ramli, 24, berkata ramai daripada pelanggann­ya yang berusia antara 24 hingga 30 tahun sudah menyuaraka­n kebimbanga­n tentang wang caruman KWSP yang tidak mencukupi bagi mendepani hari tua.

Situasi ini disebabkan ada daripada mereka baharu bekerja dan tidak mempunyai gaji tinggi.

“Bagaimanap­un, sebagai persediaan, ada daripadany­a telah mengambil skim persaraan bersama kami dan ada lagi tidak...yang tidak mengambil mungkin tidak sedar akan kesukaran yang bakal dihadapi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia