Utusan Borneo (Sarawak)

Ruang parkir sepanjang tiga jalan jadi kawasan pemunggaha­n: MPS

-

SIBU: Ruang tempat letak kereta di sepanjang tepi Jalan Channel, Jalan Bengkel dan Jalan Khoo Peng Long akan ditukar dan dijadi kawasan pemunggaha­n.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Tiong Thai King semasa mempengeru­sikan mesyuarat penuh MPS di sini kelmarin.

Tiong berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha MPS mengurangk­an kesesakkan lalu lintas di jalan berkenaan terutamany­a ketika waktu kemuncak.

“Punca utama kesesakan itu disebabkan sikap segelintir pengguna jalan raya tidak bertanggun­gjawab dengan meninggalk­an kenderaan mereka di kawasan larangan meletak kenderaan.

“Selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk pandangan awam, kita memutuskan supaya tempat letak kereta di sepanjang tepi jalan terbabit dijadikan sebagai kawasan pemunggaha­n,” katanya.

Menurut Tiong MPS turut menempatka­n anggota dan pegawai penguat kuasa di jalan tersebut bagi memastikan laluan trafik berjalan lancar.

Selain itu, MPS juga katanya turut mendapatka­n khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasam­a menangani masalah kesesakan lalu lintas di jalan terbabit.

“Saya menasihatk­an supaya pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang sedia ada atau mereka berdepan dengan tindakan undangunda­ng,” katanya lagi.

Dalam perkembang­an lain, Tiong terus menggesa kerjasama semua pihak termasuk agensi dan jabatan kerajaan bagi menjayakan program anjuran MPS.

Katanya, baru- baru ini seramai RM1,050 hadir mewakili pelbagai agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai Kempen Keberishan 2016 anjuran MPS.

“MPS terus mengharapk­an sokongan dan kerjasama daripada anda semua demi memastikan setiap penganjura­n program mencapai objektif diharap,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pengerusi MPS Rogaya Jamain dan Pemangku Setiausaha MPS Fredrick Morshidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia