Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah hargai pencapaian pelajar cemerlang, bangun motivasi pelajar lain

-

MIRI: Anugerah cemerlang diadakan bukan hanya menghargai pelajar mencapai keputusan akademik mahupun kokurikulu­m terbaik di sekolah malah dilihat pemangkin membangun semangat motivasi pelajar lain.

Pembantu Khas Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin, Erick Chin berkata, anugerah sedemikian melambangk­an dedikasi dan usaha yang dilaksanak­an oleh pelajar.

“Guru dan ibu bapa harus berbangga dengan pencapaian yang diperoleh anak didik serta anak masing-masing.

“Pelajarmem­peroleh keputusan cemerlang boleh dijadikan contoh kepada pelajar dan majlis sebegini bagi meraikan kejayaan serta menghargai usaha juang yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau mewakili Lee berucap demikian pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan 2016 Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph di Dewan Suarah Miri di sini baru-baru ini.

Menurutnya, majlis itu turut selari dengan SK St.Joseph yang juga merupakan salah satu sekolah kluster di Miri.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha dilaksana sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkenaan dalam memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada para pelajar tersebut.

“Saya yakin usaha diadakan bukan tugas mudah dilakukan, namun dengan kerjasama pelbagai pihak majlis ini berjalan dengan lancar. Tahniah,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an pelajar cemerlang terus mencapai kejayaan dan tidak berhenti di peringkat sekolah rendah, tetapi meneruskan usaha sedemikian sehingga ke peringkat sekolah menengah.

“Berani untuk melangkah lebih jauh bagi menggapai impian dan bergaul dengan mereka yang mempunyai cita-cita atau impian yang tinggi untuk terus memperoleh­i kecemer- langan,” katanya.

Sementara itu, seramai 182 murid SK St Joseph masingmasi­ng menerima anugerah akademik cemerlang dan sijil tamat persekolah­an tahun enam yang turut disaksikan oleh ibu bapa masing-masing.

Antara anugerah yang disampiaka­n ialah Anugerah Khas Datuk Lee Kim Shin, Anugerah Khas Bishop, Anugerah Khas Alumni, Anugerah Khas PIBG, Anugerah Khas Guru Besar, Anugerah Khas Guru, Insentif PIBG Bidang Sukan dan ‘Future Star’.

Hadir sama ialah Guru Besar SK St Joseph Mariam Menadu Grasi, Penyelia Pelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Miri Osmat Aimit dan Kaunselor Aries Leong.

 ??  ?? TAHNIAH: Erick menyampaik­an Anugerah Khas Datuk Lee Kim Shin kepada Ellisa Ee, sambil disaksikan Mariam (kiri) serta yang lain.
TAHNIAH: Erick menyampaik­an Anugerah Khas Datuk Lee Kim Shin kepada Ellisa Ee, sambil disaksikan Mariam (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia