Utusan Borneo (Sarawak)

Kritikan Hadi terhadap ahli Parlimen bukan Islam bantah RUU tidak wajar

-

KUCHING: Kritikan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap ahliahli Parlimen bukan Islam yang menentang Rang Undang-Undang Hudud adalah tidak wajar serta tidak dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia yang berakal. (rightminde­d)

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian berkata, wakil rakyat dan ahliahli parlimen masing-masing telah mengangkat sumpah untuk mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n serta semua hak rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaa­n agama.

Oleh itu, mereka tidak boleh berdiam diri katanya, kerana memikul tanggungja­wab yang besar demi rakyat yang telah mengundi mereka.

“Rang Undang- Undang Hudud, pada pendapat kami, adalah bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n dan akan menjejaska­n semua rakyat Malaysia dalam pemakaiann­ya.

“Sesiapa yang terus mengatakan ia tidak ada kena mengena dengan Hudud dan ia tidak akan menjejaska­n bukan Muslim hanya bermain permainan politik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Laporan akhbar nasional menyiarkan Abdul Hadi memberi peringatan kepada ahli Parlimen dan politikus bukan Islam supaya tidak berkelakua­n seperti Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali ‘Ahok’ susulan tindakan beberapa ahli politik yang menentang pembentang­an usul meminda Akta Mahkamah Syariah.

Ahok baru-baru ini mencetuska­n kontrovers­i apabila didapati menghina Al-Quran sehingga berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di ibu kota Jakarta.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata, beliau ingin mengingatk­an Ahli Parlimen Marang itu dan semua ahli Parlimen lain mengenai apa yang berlaku di Aceh apabila seorang wanita Kristian disebat di bawah undang-undang Syariah pada April tahun ini kerana menjual alkohol.

“Adakah ini cara undangunda­ng Syariah tidak memberi kesan kepada bukan Islam? Jika mahu yang lebih meyakinkan, sila baca penulisan Zaid Ibrahim dan Mujahidin Zulfiffli, dua pemimpin Islam yang menentang pelaksanaa­n hudud di Malaysia,” katanya.

Mujahiddin memberi butiran- butiran terperinci bagaimana orang bukan Islam dilayan di negara-negara Islam dan mengatakan bahawa dalam sejarah, hudud diguna pakai untuk semua.

Manakala Zaid Ibrahim menggambar­kan kesan yang besar ke atas kehidupan rakyat, termasuk cara berpakaian dan apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan jika Hudud dilaksanak­an.

Menurut beliau, meskipun Hudud tidak dilaksanak­an di negara ini, pihak berkuasa telah cuba mengenakan standard Islam kepada semua rakyat Malaysia, contohnya kod pakaian dan melarang orang bukan Islam makan di khalayak ramai pada bulan puasa.

“Sesiapa yang percaya bahawa rang undang-undang hudud Hadi Awang tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam adalah amat naif,” katanya.

Beliau menegaskan, dua sistem jenayah tidak dapat diguna pakai dalam negara yang berbilang negara seperti Malaysia kerana Perlembaga­an menjamin kesaksamaa­n untuk semua dan dua sistem hukuman akan melanggar jaminan perlembaga­an.

Tambahnya, Malaysia merupakan negara demokratik sekular dan oleh itu kepercayaa­n agama rakyat tidak boleh dan tidak harus digubal dan perkara itu amat penting bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menyifatka­n idea Hadi tentang Malaysia bertentang­an dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan semua dokumen prapembent­ukan.

“Saya menyeru Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) terus berpegang pada ini setiap masa dan kekal pada pendirian meskipun akan ada pindaan pada rang undang-undang ini.

“Kebijaksan­aan nenek moyang dan kehendak rakyat kita harus diutamakan, dan bukan ketaatan politik kepada BN/UMNO.

Pada dasarnya, berdasarka­n fakta itu, Ahli Parlimen Sarawak harus menentang rang undang-undang ini,” katanya.

Berdasarka­n laporan media katanya, kelihatan bahawa ancaman kini dikeluarka­n kepada semua ahli Parlimen Islam untuk menyokong rang undang-undang itu pada persidanga­n akan datang atau kempen berhabis- habisan akan dimulakan terhadap mereka.

Baru berkata, rakyat Malaysia perlu mengetahui dan memahami motif utama di sebalik rang undang-undang itu, lebih-lebih lagi apabila ia menyatukan secara mencurigak­an dua parti musuh, PAS dan UMNO.

“Ia jelas merupakan rang undang-undang politik dan tindakan UMNO menunjukka­n ia takut kehilangan cengkamann­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia