Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Jalan Miri-Marudi dijangka siap Mei 2019

Tiga pasukan kontraktor sedang laksana kerja, perkembang­an projek akan terus dimaklum: Penguang

- Oleh Sudan Ajang

MARUDI: Pembanguna­n Projek Peningkata­n Jalan Miri ke Marudi menelan kos RM77.4 juta kini giat dilaksana dan dijangka siap pada Mei 2019.

Projek ini meliputi kerja memasang cerun pemangkasa­n, meningkatk­an bahagian terdedah banjir, meletak batu asas serta menurap permukaan jalan.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, tiga pasukan kontraktor dilantik syarikat kontraktor CMS Roads Sdn Bhd (CMS Roads) ditempatka­n di zon kerja masingmasi­ng serta perkembang­an projek itu akan dimaklum kepada orang awam sehingga ia selesai.

“Saya gembira akhirnya projek ini benar-benar sedang dilaksanak­an. Pihak kontraktor juga mengekalka­n tarikh siap iaitu pada Mei 2019.

“Saya tahu ada pengguna jalan Miri Marudi melalui laman sosial Facebook berharap dapat melihat jalan ini dalam keadaan baik menjelang cuti Krismas,” katanya selepas lawatan kerja ke Jalan Miri – Marudi di Marudi semalam.

Jelasnya, walaupun ia mustahil, namun kita optimis projek peningkata­n jalan ini berjalan lancar.

Turut serta meninjau projek itu ialah Pengarah Kumpulan Urusan CMS Roads, Datuk Richard Curtis, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Ir Zuraimi Sabki, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Jalan dan Pembinaan CMS Works Sdn Bhd Lim Jit Yaw dan jurutera bahagian JKR Miri Chong Chi Fam.

Dr. Penguang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi memuji kerjasama dan kepekaan syarikat tersebut untuk memulakan projek itu lebih awal.

Sementara itu Richard berkata, bagi mempercepa­t projek itu, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Pen- guang pada 9 November lalu, mereka dalam tempoh 48 jam terus menyediaka­n tambahan pasukan, peralatan dan jentera.

“Mengikut jadual kerja peningkata­n bermula 18 November namun kita awal tujuh hari.

“Ia meliputi kerja pembersiha­n, pemasangan 21 pembetong di sepanjang 14 kilometer laluan rendah antara jambatan Sungai Arang dan feri Marudi dijangka siap Mac tahun hadapan,” katanya.

Jelas Richard, tiga pasukan zon kerja kini sedang bekerja di lokasi masing-masing dengan keutamaan di bahagian cerun dan kawasan rendah.

“Menjelang penghujung tahun ini, 16 kilomter pertama sudah diturap dan semua pemasangan pembentong dan meletak batu asas selesai.

“Manakala pada Jun 2018, kebanyakan kawasan tanah rendah ditingkat manakala tiga buah bukit dipasang cerun pemangkasa­n dan semuanya dijangka selesai pada 2019,” kata Richard.

Richard menambah, CMS Roads bekerja bersungguh­sungguh agar projek peningkata­n jalan itu dapat disiapkan mengikut jadual.

Saya gembira akhirnya projek ini benar-benar sedang dilaksanak­an. Pihak kontraktor juga mengekalka­n tarikh siap 2019. ” iaitu pada Mei Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

 ??  ?? PERIKSA: Penguang (tiga kiri) bersama yang lain melawat sebahagian kawasan jalan yang sedang dibersihka­n untuk pemasangan pembetong.
PERIKSA: Penguang (tiga kiri) bersama yang lain melawat sebahagian kawasan jalan yang sedang dibersihka­n untuk pemasangan pembetong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia