Utusan Borneo (Sarawak)

Kennedy dedah Balui masih kekurangan kemudahan asas

-

KUCHING: Masih banyak kekurangan aspek pembanguna­n kemudahan asas dialami penduduk Balui meskipun sudah 18 tahun berpindah ke Skim Penempatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap.

Perkara itu didedahkan Kennedy Chukpai Ugon (BN-Murum) yang memohon supaya kerajaan menaik taraf jalan raya di kawasan tersebut termasuk penambahan lorong motosikal yang dilengkapi lampu jalan.

Malah, beliau memberitah­u rumah di Skim Penampatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap/ Koyan semakin uzur dan memerlukan pendawaian semula.

“Sudah genap 18 tahun penduduk Balui dipindahka­n ke skim penempatan semula Bakun BRS Sungai Asap namun masih banyak kekurangan yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembanguna­n Bagi Perbelanja­an 2017.

Kennedy memberitah­u penduduk di Skim Penempatan Semula Metalun dan Tegulang juga memerlukan jalan perhubunga­n lebih baik kerana pada masa ini akses ke kawasan tersebut melalui jalan tanah merah.

“Saya memohon agar jalan ini dinaik taraf kadar segera agar penduduk yang mengorbank­an tanah pusaka mereka demi pembanguna­n negeri berpindah ke skim penempatan ini dapat menikmati jalan perhubunga­n baik,” katanya.

Mengulas mengenai prasarana kesihatan, Kennedy berkata, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum cuma dilengkapi tiga klinik.

“Ketiga-tiga klinik ini semakin usang dan mempunyai kelengkapa­n yang amat terhad dan ini sudah tentu tidak mencukupi menampung keperluan penduduk makin bertambah.

“Saya memohon kepada kerajaan agar mengambil langkah untuk menaik taraf klinik tersebut mengikut kesesuaian dan keadaan semasa,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia