Jimat masa dan kos
dan Sarawak dalam program turun padang seumpamanya kerana ia adalah sebahagian daripada khidmat mahkamah kepada masyarakat,” katanya.
“Ia bukan sahaja menerapkan nilainilai murni dalam membantu masyarakat di pedalaman malahan akan mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan secara umumnya,” tambahnya lanjut.
Beliau berkata pendekatan ini juga membolehkan pihak mahkamah mengetahui dan mengalami sendiri masalah yang dihadapi masyarakat luar bandar dan keadaan sebenar kehidupan penduduk di peringkat akar umbi.
“Sudah pasti situasi ini secara langsung dapat membantu Hakim, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi dan Pegawai-Pegawai Kehakiman di negeri Sarawak melaksanakan tugas harian khususnya semasa membuat keputusan atau perintah dalam sesuatu kes sama ada jenayah atau sivil,” katanya. GEOGRAFI RUMIT
Hadir dalam program itu Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Dean Wayne Daly, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, Pengarah Mahkamah Negeri Sarawak Amelati Parnell, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah Indra Ayub, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak Jasni Jobli, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan dan Penghulu Umar Belor Saging Bit.
Dalam pada itu, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Dean Wayne Daly berkata, program tersebut telah diperkenalkan oleh Tan Sri Panglima Richard Malanjum pada 2007 di Pitas, Sabah untuk negeri Sabah dalam usaha membantu penduduk di luar bandar mendapatkan perkhidmatan mahkamah yang mana kini diperluaskan ke pedalaman Sarawak.
“Program Mahkamah Bergerak penting apabila melihat keadaan geografi negeri ini yang hanya dapat dihubungi oleh laluan sungai, laluan jalan balak serta kesukaran penduduk untuk ke bandar mendapatkan perkhidmatan mahkamah,” katanya.
Beliau berkata mahkamah ini memberi perkhidmatan diperlukan berkaitan membuat dan mengesahkan dokumen kelahiran, pengenalan diri, sekali gus memudahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terutama masalah yang timbul berkaitan permohonan tiada bukti kukuh.
“Ia antaranya dalam membuat sijil lahir dan pengenalan diri (perlukan pengesahan) yang mana satu inkuiri perlu dibuat di hadapan majistret, saksi dan keterangan bersumpah.
“Ia harus membuat akuan bersumpah di hadapan majistret, suruhanjaya sumpah untuk sahihkan pengakuan itu,” katanya sambil menambah, untuk meningkatkan perkhidmatan itu, ia memerlukan kemudahan berkaitan dengan menempatkan Bas Bilik Mahkamah Bergerak.
“Kemudahan ini menyaksikan persidangan mahkamah dalam bas yang telah diubah suai sebagai bilik bicara,” katanya.
Jelasnya, untuk permulaan pelancaran kemudahan bas bilik bicara mahkamah bergerak telah d bawa khas dari Kota Kinabalu Sabah ke Uma Belor Sungai Asap.
Katanya untuk penyediaan kemudahan bas seumpamanya di Sarawak telah dibuat dan permohonan telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan.
Beliau berkata mahkamah Sarawak telah menjalinkan kerjasama dengan JPN melalui program bersepadu pada masa terdekat dan akan diadakan secara lebih meluas pada masa akan datang.
Justeru beliau menyeru semua agensi berkaitan berganding bahu dengan pihak mahkamah dalam program bersepadu yang mantap melalui program berkaitan.