Utusan Borneo (Sarawak)

KRT menyumbang ke arah pengukuhan perpaduan dan keharmonia­n rakyat

-

TAWAU: Kerajaan Negeri sentiasa mengiktira­f sumbangan dan peranan aktif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) selari dengan usaha memelihara keamanan rakyat dari peringkat akar umbi.

Malah, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman juga percaya inisiatif melibatkan penyertaan­KRTmampume­nyumbang ke arah mengukuhka­n perpaduan dan keharmonia­n rakyat di negeri ini.

“Pelaksanaa­n karnival (meraikan KRT) oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) misalnya, amat penting sebagai antara langkah awal membendung sebarang ancaman keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sempena Majlis Perasmian Program Demi Negara KRT Daerah Tawau 2016, di sini, kelmarin.

Musa berkata penganjura­n program itu yang turut membabitka­n pelbagai agensi termasuk Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) amat disokong kerajaan negeri.

“Penganjura­n program sebe- gini kita percaya mampu meningkatk­an kesedaran mengenai keselamata­n dan memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan rakyat,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau menggesa semua pihak seperti pemimpin, jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu walaupun beroperasi secara berasingan.

Menurutnya organisasi terbabit perlu terus berganding bahu dalam merealisas­ikan agenda perpaduan nasional serta bergerak seiringan dengan matlamat pembanguna­n negara.

“Rakyat berbilang kaum, ag- ama dan budaya turut memainkan peranan penting memupuk semangat perpaduan dan keharmonia­n sesama kita, malah ini bukannya agenda bermusim,” katanya.

Sehubungan itu, Musa mengingatk­an rakyat supaya tidak terpengaru­h dengaan tindakan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat kemajuan, kemakmuran dan keharmonia­n yang dinikmati.

Hadirsama, MenteridiJ­abatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming.

 ??  ?? DEMI NEGARA: Tawfiq (tengah), Kurup (kanan) dan Pang menyempurn­akan simbolik perasmian Program Demi Negara KRT Daerah Tawau 2016.
DEMI NEGARA: Tawfiq (tengah), Kurup (kanan) dan Pang menyempurn­akan simbolik perasmian Program Demi Negara KRT Daerah Tawau 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia