Utusan Borneo (Sarawak)

Sociedad naik ke tangga kelima dengan kemenangan keempat

-

MADRID, Sepanyol: Real Sociedad melonjak ke tangga kelima dengan kemenangan keempat berturuttu­rut dalam La Liga Sepanyol dengan menewaskan Sporting Gijon, pada hari yang mengecewak­an buat Valencia Ahad lepas.

Gol oleh kapten pasukan, Xabi Prieto, David Zurutuza dan Inigo Martinez memastikan kemenangan selesa buat Sociedad, yang memintas Atletico Madrid, yang tewas 0-3 kepada Real Madrid pada perlawanan hari Sabtu.

“Kami beraksi dengan baik dan keyakinan ini sangat tinggi,” kata jurulatih Real, Eusebio, bekas jurulatih remaja Barcelona.

Barcelona ketinggala­n di belakang pendahulu liga, Real Madrid dengan empat mata selepas seri tanpa jaringan dengan Malaga di tempat sendiri.

Villarreal kekal di hadapan Real Sociedad di tangga keempat dengan perbezaan gol ketika mereka tewas 0-1 kepada Athletic Bilbao.

Raul Garcia menjaringk­an gol kemenangan pada separuh masa kedua untuk meletakkan Athletic ke tangga ketujuh liga.

Nasib malang Valencia berterusan apabila mereka kekal dua mata di atas zon penyingkir­an selepas seri 11 dengan Granada, pasukan yang masih belum menang dalam liga musim ini.

Mehdi Carcela membuka jaringan buat Granada pada minit akhir sebelum rehat.

Nani mengikat kedudukan buat Valencia, dua minit selepas rehat tetapi walaupun mengawal permainan selepas itu, Valencia gagal menjaringk­an gol kemenangan dan kekal empat perlawanan tanpa kemenangan.

“Kami hilang rentak dalam setiap bahagian,” kata pemain tengah Valencia, Enzo Perez.

Pada perlawanan lewat, Espanyol menewaskan Alaves 1-0 di gelanggang lawan menerusi gol Gerard Moreno. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia