Utusan Borneo (Sarawak)

Ketiadaan Balotelli tidak halang Nice kembali ungguli Ligue 1

-

PARIS, Perancis: Nice menangani ketiadaan penyerang sensasi, Mario Balotelli yang digantung perlawanan, dengan menewaskan Saint Etienne 1-0 di gelanggang lawan dan melonjak kembali ke tangga teratas Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Valentin Eysseric menjaringk­an gol tunggal kemenangan dalam separuh masa kedua pada perlawanan di Stade Geoffroy- Guichard ketika Nice bangkit dari kekalahan 0-1 di Caen dua minggu lepas.

Ia sememangny­a respon sempurna dari skuad kendalian Lucien Favre pada satu perlawanan yang sukar selepas pencabar terdekatny­a, Monaco dan Paris Saint Germain (PSG), memenangi perlawanan masing-masing untuk memberi tekanan ke atas Nice.

“Secara keseluruha­nnya kami selayaknya menang,” kata Favre, walaupun beliau menerima bahawa pasukannya tidak mempunyai kemampuan untuk berada di tangga teratas musim ini.

“Kami terjejas. Kami kehilangan bola di beberapa bahagian dan Saint-Etienne boleh menjaringk­an gol, jadi ia sememangny­a kemenangan berharga.

“Kami boleh mendahului 2-0 tetapi jangan lupa, pada kedudukan 0- 0, ( Nolan) Roux terlepas peluang kee- masan. Ia mungkin sukar bagi kami untuk bangkit dengan menentang pasukan berdisipli­n ini.”

Balotelli sudah menjaringk­an enam gol dalam enam perlawanan liga sejak berpindah ke Perancis tetapi digantung satu perlawanan Ahad lepas, menyebabka­n tanggungja­wab itu dipikul oleh penyerang Alassane Plea.

Beliau tidak mempunyai banyak impak tetapi Nice hampir membuka jaringan apabila penjaga gol Saint Etienne, Stephane Ruffier menepis cubaan Jean Michael Seri.

Eysseric, yang dipinjamka­n ke Saint Etienne musim lepas, memecah kebuntuan selepas satu jam permainan apabila menerima umpanan dari Loic Perrin di hujung kotak penalti sebelum melakukan satu rembatan cantik menerjah jaring.

Pada perlawanan lain, Marseille mencipta kemenangan liga yang pertama di bawah bimbingan jurulatih baharu, Rudi Garcia selepas empat perlawanan apabila menewaskan Caen 1-0 di Stade Velodrome.

Marseille bagaimanap­un kekal di kelompok bawahan liga tetapi lima mata di belakang pasukan di tangga kelima, Guingamp, yang seri 1-1 dengan Bordeaux pada perlawanan awal. — AFP

 ??  ?? BALOTELLI
BALOTELLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia