Utusan Borneo (Sarawak)

Costa lonjakkan The Blues ke puncak liga

Chelsea cipta kemenangan liga yang ke-6 berturut-turut selepas menewaskan Boro 1-0

-

duduki tangga keempat.

“Ia satu permainan yang baik ketika menentang pasukan yang sangat kuat,” kata Conte ketika memberitah­u Sky Sports.

“Jangan lupa, M i d d l e s - b r o u g h mengikat A r s e - nal dan M a n - c h e s t e r City di ge- l a n g - g a n g lawan. O l e h kerana itu, saya berasa gembira dengan permainan dan sikap pemain saya.

“Jika anda mempunyai tanggungja­wab untuk menamatkan saingan, ia penting untuk menamatkan saingan. Tetapi saya gembira kerana Middlesbro­ugh menunjukka­n bahawa mereka adalah pasukan yang bagus.”

Hanya palang gol menghalang Chelsea menambah jaringan dengan satu rembatan Pedro Rodriguez pada pertengaha­n separuh masa kedua terkena palang ketika Middlesbro­ugh cuba bertahan untuk satu tempoh yang lama.

Boro, yang dibimbing Aitor Karanka, masih mengintai peluang ketika kedudukan masih 1-0 tetapi jurang kehebatan di antara pasukan beliau dan Chelsea jelas kelihatan.

Kekalahan menyebabka­n Boro kini hanya satu mata di atas zon penyingkir­an pada musim pertama mereka kembali ke Liga Perdana.

“Saya benar-benar gembira dengan sikap pemain saya,” kata Karanka.

“Saya tidak bimbang dengan kedudukan kelab dalam liga ketika ini kerana apa yang paling penting bagi saya ialah prestasi pasukan.

“Jika prestasi kami buruk, ia membimbang­kan saya tetapi jika prestasi kami bagus, maka kami akan mula memenangi perlawanan nanti.”

Costa memastikan kemenangan berharga buat Chelsea – yang menurunkan kesebelasa­n utama yang sama untuk perlawanan liga yang kelima berturut-turut – dari satu tendangan sudut ketika

kekeliruan pemain per- tahanan Boro.

Chelsea tidak bernasib baik membuka jaringan lebih awal apabila satu cubaan Pedro ditepis penjaga gol Victor Valdes.

Ia adalah salah satu dari hanya beberapa peluang yang mampu dilakukan oleh pemain Chelsea ketika Boro berjaya mengekang asakan Chelsea dengan meletakkan ramai pemain di bahagian tengah.

Penyerang Boro, Alvaro Neg r e d o , j u g a mensiasiak­an dua pe- luang awal dengan rembatan pertama hanya melalui hadapan pintu gol sebelum satu tandukanny­a tersasar.

Boro mengikat Arsenal dan Manchester City di gelanggang lawan tetapi selepas ketinggala­n, mereka kelihatan gagal mencabar pertahanan Chelsea.

Selepas tidak bolos gol liga sejak 24 September – hampir 10 jam waktu permainan – Chelsea kini berada di benteng pertahanan terbaik mereka dalam tempoh enam tahun.

Penjaga golnya, Thibaut Courtois mengekalka­n rekod cemerlang itu dengan menepis satu rembatan Negredo pada lewat permainan. — AFP

Ia satu permainan yang baik ketika menentang pasukan yang sangat kuat. Antonio Conte Pengurus Chelsea

 ?? — Gambar Reuters ?? KAWAL KETAT: Costa (tengah) diasak oleh dua pemain Boro, Calum Chambers (kanan) dan Marten de Roon pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Riverside, Middlesbro­ugh Ahad lepas.
— Gambar Reuters KAWAL KETAT: Costa (tengah) diasak oleh dua pemain Boro, Calum Chambers (kanan) dan Marten de Roon pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Riverside, Middlesbro­ugh Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia