Utusan Borneo (Sarawak)

Tajuddin cabar Khalid ulangi perkataan ‘sial’ di luar dewan

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam mencabar Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad supaya mengulangi perkataan ‘sial’ di luar Dewan Rakyat.

Tajuddin berkata jika Khalid berbuat demikian, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyaman anggota dari Parti Amanah Negara itu.

Khalid mengeluark­an perkataan itu semasa sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat.

“Saya tak boleh terima dia cakap saya sial, malah Parlimen juga tidak membenarka­n perkataan itu disebut dalam Dewan Rakyat,” kata Tajuddin kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Tajuddin menegaskan beliau akan mengarahka­n peguam bagi tindakan selanjutny­a untuk menentukan sama ada Khalid berada di pihak yang benar.

Tajuddin mengulas tindakan Khalid yang mengeluark­an perkataan itu ketika Tajuddin menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar ( PAS- Pokok Sena) berhubung inisiatif kerajaan bagi memartabat­kan kualiti beras negara.

Terdahulu, Khalid mengeluark­an perkataan itu selepas Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (DAP-Seputeh) wanita yang mempunyai nama dengan perkataan ‘Kok’ di Seputeh.

Bagaimanap­un, gurauan tersebut menyebabka­n Dewan Rakyat kecoh dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkan­g mengeluark­an kata- kata kesat termasuk Khalid yang berkata ‘sial’.

Kekecohan itu bagaimanap­un ditenangka­n Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan ‘Kok’ adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan ber- maksud perkataan lain.

Tajuddin berkata: “Teresa cuba kacau saya ketika saya nak menjawab soalan.

Dia seorang sahaja mempunyai nama ‘Teresa Kok’. Tapi itu tak bermaksud bila saya cakap begitu boleh mengizinka­n Shah Alam (Khalid) bangun dan cakap saya sial, sial, sial, itu tak mewajarkan dia bercakap perkataan sial,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata beliau terpaksa bangun berbuat demikian bagi menegur tindakan yang dianggap tidak beradab seorang Ahli Parlimen semasa di dalam dewan.

“Saya terpaksa menegur Pasir Salak kerana jelas dan nyata bahawa kenyataann­ya adalah suatu kenyataan biadap kerana dia tidak mahu menarik balik kenyataan itu,” katanya yang menyahut cabaran Tajuddin untuk mengambil tindakan undangunda­ng. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia