Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar Tiada Hadiah tingkatkan integriti SKMM

Dasar bertujuan bangun budaya, amalan integriti dalam kalangan kakitangan dan pihak berkepenti­ngan

-

KUCHING: Dasar Tiada Hadiah menjadi inisiatif penting dalam usaha meningkatk­an integriti Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM), kata Timbalan Pengarah SKMM Sarawak Scott Kueh.

Menurut beliau, dasar tersebut diperkenal­kan bertujuan membangunk­an budaya dan amalan integriti dalam kalangan kakitangan dan pihak berkepenti­ngan.

“Sebarang bentuk tindakan atau perlakuan memberi hadiah atau manfaat lain, hiburan atau perbelanja­an perjalanan tidak boleh diterima oleh kakitangan SKMM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sambutan Hari Integriti SKMM di premisnya, di sini semalam.

Maka itu, beliau mengingatk­an kakitangan SKMM termasuk pihak berkepenti­ngan MCMC seperti vendor, penyedia perkhidmat­an dan pembekal supaya tidak menghantar hamper kepada SKMM terutama ketika musim perayaan.

Jelas Scott, selain Dasar Tiada Hadiah, inisiatif lain untuk meningkatk­an integriti SKMM termasuk dengan mengisytih­arkan aset dan persetujua­n pakatan integriti.

“Persetujua­n pakatan integriti melibatkan semua pihak yang berurusan dengan SKMM untuk mengukuhka­n usaha ke arah meningkatk­an integriti dan ketelusan dalam organisasi dan pada masa sama mengurangk­an pembaziran dan membendung penyalahgu­naan kuasa,” katanya.

Tambah beliau, kakitangan SKMM juga perlu mengisyti- harkan harta milik mereka kerana ia boleh mengelakka­n konflik berkepenti­ngan selain mengesan sebarang aktiviti penyelewen­gan.

Mengenai program itu, Scott berkata ia selaras dengan wawasan kerajaan negeri untuk meningkatk­an nilai integriti.

“Menerusi sambutan Hari Integriti ini SKMM juga menyokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk melihat Sarawak bebas rasuah dan meletakkan integriti sebagai teras nilai dalam perkhidmat­an awam,” jelasnya.

Sambutan itu dihadiri kirakira 100 peserta dan hadir sama ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas dan Tatatertib Integriti SKMM Azmi Ahmad dan Penasihat Nurahim Abdul Rahman.

Sebarang bentuk tindakan atau perlakuan memberi hadiah atau manfaat lain, hiburan atau perbelanja­an perjalanan tidak boleh diterima oleh kakitangan SKMM. Scott Kueh Timbalan Pengarah SKMM Sarawak

 ??  ?? SIDANG MEDIA: malam. Scott (kiri) ketika hadir pada sambutan Hari Integriti SKMM di Kuching, se-
SIDANG MEDIA: malam. Scott (kiri) ketika hadir pada sambutan Hari Integriti SKMM di Kuching, se-
 ??  ?? Main Bazaar
Main Bazaar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia