Utusan Borneo (Sarawak)

Adenan tetap terbaik perjuang kuasa, hak S’wak

Meskipun ramai pihak lantang bersuara dan mengkritik, mereka tiada pengaruh, kekuatan seperti Ketua Menteri

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tetap yang terbaik memperjuan­gkan kuasa-kuasa dan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 ( MA 63) meskipun adanya pihak lain yang bersuara lantang mengeluark­an kritikan dalam ruang siber.

Penganalis­is politik Datuk Peter Minos berkata meskipun ramai pihak yang lantang bersuara dan mengkritik, mereka tidak mempunyai pengaruh serta kekuatan seperti dimiliki Adenan.

Selain menjadi Ketua Menteri, katanya Adenan memiliki kelebihan dan bercakap untuk Sarawak secara spontan dan terbuka.

“Tiada seorang pun di Sarawak dapat menandingi Adenan. Perkara ini kita telah lihat dengan jelas dalam tempoh dua tahun.

“Sekarang segelintir rakyat Sarawak mempersoal kenapa Dewan Undangan Negeri masih belum terlibat dalam isu MA63 tetapi jangan lupa kata seorang pemimpin ternama, ‘tidak kisah sama ada kucing itu putih atau hitam yang penting ia boleh me-

Sekarang segelintir rakyat Sarawak mempersoal kenapa Dewan Undangan Negeri masih belum terlibat dalam isu MA63 tetapi jangan lupa kata seorang pemimpin ternama, ‘tidak kisah sama ada kucing itu putih atau hitam yang penting ia boleh menangkap tikus’. Datuk Peter Minos Penganalis­is politik

nangkap tikus’,” katanya.

Peter yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) berkata isu Adenan mengambil masa yang lama tidak harus timbul kerana yang penting akhirnya Sarawak mendapat semula hak-hak serta kuasa-kuasa di bawah MA63.

“Jika ia dapat dilakukan, seperti dikatakan oleh Adenan sendiri, ‘tanpa konfrontas­i dengan kerajaan pusat’ kenapa tidak.

“Marilah kita mengutamak­an kerjasama dan diplomasi sebagai pilihan pertama sebelum opsyen lain diambil. Kesabaran itu ada hikmahnya,” katanya sambil menambah, untuk mendapatka­n sesuatu yang lebih besar daripada kerajaan pusat bukan mudah seperti dibayangka­n.

Menurutnya, perkara yang berlaku di negeri dikuasai pembangkan­g seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan harus dijadikan contoh.

“Ya mereka boleh bersuara lantang dan mengkritik secara terbuka malah dengan sangat berani, tetapi mereka tetap tidak boleh memaksa KL memenuhi pemintaan mereka.

“Ini adalah realiti bukan satu pembohonga­n, iaitu kita di Sarawak tidak boleh lupa.

“Keberanian membuta tuli dan mengkritik secara terbuka tidak akan membantu, tetapi diplomasi dengan kebijaksan­aan serta sabar membuka lebih ruang untuk berjaya,” ujarnya.

Justeru ujarnya, rakyat Sarawak harus terus memberi sokongan penuh kepada Adenan dalam usahanya mendapatka­n semula hak- hak dan kuasa Sarawak seperti termaktub dalam MA63.

Terpulang kepada Adenan bagaimana hendak melakukann­ya, beliau mempunyai taktik dan cara sendiri, tambah Peter.

“Mengkritik dan bercakap dengan sinis, tiada seorang pun kita di Sarawak boleh berbuat lebih baik daripada Adenan, tidak kira selantang mana kita bersuara atau sehebat mana kita menggunaka­n Internet,” tegasnya.

 ??  ?? KENANGAN: Kipli (duduk, tiga kanan) berkesempa­tan merakam kenangan bersama tetamu lain dan para peserta umrah selepas menghadiri Kursus Ibadah Umrah di Kuching, Sabtu lalu. Turut kelihatan Othman (duduk kanan).
KENANGAN: Kipli (duduk, tiga kanan) berkesempa­tan merakam kenangan bersama tetamu lain dan para peserta umrah selepas menghadiri Kursus Ibadah Umrah di Kuching, Sabtu lalu. Turut kelihatan Othman (duduk kanan).
 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia