Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan enam lelaki merusuh, rampas senjata bahaya

-

MIRI: Polis berjaya menahan enam lelaki dan merampas beberapa senjata berbahaya kerana disyaki merusuh di tempat awam.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.55 pagi kelmarin di kawasan letak kenderaan berhampira­n sebuah hotel di sini.

Mereka ditahan berusia antara 18 hingga 28 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Khoo Leng Huat berkata semua suspek terbabit disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam dan bersenjata.

Dalam kejadian itu, sepasukan polis diketuai Sub-Inspektor Musa Yahya menangkap enam lelaki dipercayai merusuh di kawasan letak kenderaan.

“Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Kijang, sebilah parang berukuran 43sm panjang, sebilah pisau 21 sm dan satu buku lima.

“Siasatan awal mendapati berlakunya pergaduhan antara beberapa lelaki di tempat letak kenderaan berhampira­n hotel berkenaan dan beberapa orang kalangan mereka menunjukka­n senjata berbahaya iaitu parang dan pisau,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Menurut Khoo, punca pergaduhan dipercayai akibat mabuk dan berlaku perselisih­an faham di sebuah majlis perkahwina­n yang diadakan di hotel terbabit.

Manakala semasa rusuhan berlaku anggota polis terbabit kebetulan mengadakan rondaan tidak jauh dari tempat kejadian.

Sementara itu, keenam-enam suspek kini direman selama dua hari dan tempoh reman tamat pada 22 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia