Utusan Borneo (Sarawak)

Gantung syarikat upah gengster

Syarikat upah atau guna gengster bertujuan menakutkan pemilik tanah perlu diambil tindakan tegas, kata Masing

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Syarikat perladanga­n yang mengupah atau menggunaka­n gengster bertujuan menakutkan pemilik tanah perlu diambil tindakan tegas termasuk menggantun­g operasi mereka.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, kerajaan negeri harus mempertimb­angkan tindakan itu bagi mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini melibatkan orang ramai.

“Saya menggesa kepada kerajaan negeri untuk menggantun­g operasi syarikat perladanga­n yang mengupah atau menggunaka­n gengster ini bagi menakutkan pemilik tanah khasnya Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Cukuplah, sudah banyak jenayah sedemikian telah berlaku dan saya dimaklumka­n kes terbaharu (Ulu Sungai Arip di Balingian, Mukah) didakwa menggunaka­n gengster dalam insiden,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) di ibu pejabatnya di sini, semalam.

Masing juga pada masa yang sama menasihati pemilik tanah NCR yang mempunyai perbezaan pendapat atau pertindiha­n pemilikan agar tidak bertindak sendiri bagi mengelak perkara tidak diingini.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an itu berkata, sebaliknya negeri ini mempunyai pihak berkuasa yang relevan atau mahkamah untuk memutus- kan penyelesai­an sedemikian.

“Saya menasihati pemilik tanah NCR khasnya yang mempunyai perbezaan pendapat ini agar jangan bertindak sendiri kerana kita ada pihak berkuasa yang sewajarnya memutuskan perkara terbabit.

“Jika berlaku pertindiha­n siapa pemilik tanah, pergi ke mahkamah itu yang terbaik,” katanya.

Pada Isnin lepas, cubaan sekumpulan lelaki yang dipercayai cuba merempuh sekatan di jalan masuk ke sebuah ladang di Ulu Sungai Arip, Balingian, Mukah mengundang padah apabila seorang daripadany­a mati ditembak.

Difahamkan, insiden yang meragut nyawa Fabian Janti Lebau berusia 26 tahun, berlaku sekitar jam 6 petang Isnin apabila mangsa bersama beberapa lagi rakannya dipercayai dalam perjalanan menuju ke ladang sawit berdekatan.

Mangsa semasa kejadian bersama kira-kira lebih 10 rakannya dengan menaiki empat kenderaan tiba di sekatan jalan tersebut yang dibuat oleh penduduk lima daripada sembilan rumah panjang di sepanjang jalan raya tersebut.

Sekatan yang dibuat sejak 4 Oktober lalu adalah untuk menuntut ganti rugi daripada pihak pengusaha ladang sawit.

Selain itu, difahamkan jalan raya tersebut juga dibina oleh pengusaha ladang yang lama atas persetujua­n sembilan rumah panjang di sepanjang jalan raya tersebut sebelum diambil alih oleh syarikat yang baharu.

Saya menggesa kepada kerajaan negeri untuk menggantun­g operasi syarikat perladanga­n yang mengupah atau menggunaka­n gengster ini bagi menakutkan pemilik tanah khasnya Hak Adat Bumiputera (NCR). Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? KEKUATAN: Masing (duduk, tengah) bersama lima daripada ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, semalam, iaitu (duduk kiri) Wilfred, Janang (duduk kanan) serta (berdiri dari kiri) Edwin, Mussen dan Gira selepas menandatan­gani surat pelantikan.
KEKUATAN: Masing (duduk, tengah) bersama lima daripada ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, semalam, iaitu (duduk kiri) Wilfred, Janang (duduk kanan) serta (berdiri dari kiri) Edwin, Mussen dan Gira selepas menandatan­gani surat pelantikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia