Utusan Borneo (Sarawak)

Duterte dengan retorik anti-ASnya

Lawatan cuba redakan kerisauan Jepun

-

TOKYO: Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam berkata beliau mahu anggota tentera Amerika Syarikat (AS) keluar dari negaranya dalam tempoh dua tahun akan datang dan bersedia untuk menamatkan perjanjian pertahanan dengan sekutu lama, Washington, jika perlu.

Kenyataan itu menyusuli siri kecaman anti-Amerika oleh pemimpin lantang bersuara itu, yang sudah berulang kali menyerang AS dan pada waktu yang sama cuba berbaik dengan Beijing, sekali gus menterbali­kkan dasar luar negara dalam kenyataan yang kadangkada­ng ditarik balik dengan cepat.

“Saya mahu, mungkin dalam masa dua tahun akan datang, negara saya bebas daripada kehadiran anggota tentera asing,” kata Duterte, 71, pada satu forum ekonomi di Tokyo, yang jelas merujuk kepada tentera AS.

“Saya mahu mereka keluar dan jika saya perlu meminda atau membatalka­n perjanjian, perjanjian eksekutif, sakan akan melakukann­ya,” tambahnya.

Duterte juga cuba meredakan kebimbanga­n di Jepun berhubung lawatannya ke China, dengan memberi jaminan kepada audiens bahawa beliau tidak mahukan hubungan ketenteraa­n dengan Beijing, hanya hubungan ekonomi yang lebih erat.

“Kami tidak bercakap mengenai senjata, kami tidak bercakap mengenai penempatan askar,” katanya. “Kami mengelak daripada bercakap mengenai pakatan, tentera atau sebaliknya.”

Walaupun Jepun bergantung kepada AS untuk keselamata­n, Tokyo setakat ini tidak mengulas mengenai cacian Duterte, manakala Washington memilih bertenang.

“Kami akan mengambil pandangan jauh,” kata jurucakap Jabatan Negara John Kirby kelmarin.

“Kami tidak akan bertindak balas dan menjawab setiap retorik,” tambahnya.

Pemimpin celupar itu tiba di Tokyo kelmarin untuk lawatan pertamanya ke Jepun sejak memegang kuasa pada 30 Jun lalu, dengan hasrat untuk meyakinkan eksekutif bahawa negaranya terbuka kepada perniagaan, selepas menterbali­kkan pakatan diplomatik tradisiona­l Manila.

Beliau turut mengecam Washington kerana mempertika­ikan operasi jenayahnya yang ganas, dan sudah meragut kira- kira 3,700 nyawa serta menarik kritikan antarabang­sa yang berleluasa.

Duterte turut menghina Presiden Barack Obama dan mengumumka­n pemisahan dengan AS dalam lawatan ke Beijing minggu lepas.

Walaupun segera menarik balik kenyataann­ya dengan menyebut pemisahan itu tidak bermakna memutuskan hubungan, beliau mengulangi seruannya semalam untuk menamatkan semua latihan perang bersama AS.

Duterte dijadualka­n mengadakan sidang kemuncak dengan Perdana Menteri Shinzo Abe lewat semalam, selain bertemu Maharaja Akihito. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DISAMBUT MESRA: Duterte (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Luar Jepun Fumio Kishida sebaik tiba di sebuah restoran untuk majlis makan malam anjurannya di Tokyo dalam gambar serahan Kyodo kelmarin.
— Gambar Reuters DISAMBUT MESRA: Duterte (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Luar Jepun Fumio Kishida sebaik tiba di sebuah restoran untuk majlis makan malam anjurannya di Tokyo dalam gambar serahan Kyodo kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia