Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis maut di pusat agihan bantuan Haiti

-

PORT-AU- PRINCE: Seorang gadis maut dan tiga orang cedera akibat tembakan di Haiti kelmarin setelah huru-hara tercetus semasa bantuan kemanusiaa­n diagihkan kepada mangsa taufan, kata misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Bantuan yang amat diperlukan itu sedang dipunggah dari kapal Colombia di pelabuhan di bandar barat daya DameMarie apabila rempuhan berlaku di limbungan pada sebelah petang.

“Anggota pengaman Brazil, yang berada di sana untuk membantu polis negara Haiti, melepaskan peluru getah dan dua bom tangan pemedih mata,” kata Mourad Wahba selaku penyelaras kemanusiaa­n PBB di Haiti, kepada AFP.

Polis melepaskan peluru hidup ke arah orang ramai yang berdemonst­rasi untuk membantah kelambatan bantuan tiga minggu selepas Taufan Matthew melanda selatan Haiti, mengorbank­an sekurang- kurangnya 546 orang dan menyebabka­n 175,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Gadis yang maut terkena peluru di dada dan tiga mangsa lain mengalami luka tembakan, kata Wahba sambil menambah siasatan PBB sedang dijalankan.

Bagaimanap­un, situasi sebenar di sebalik kematian itu masih tidak jelas.

Seorang jurucakap polis negara Haiti berkata dia tidak dapat mengesahka­n maklumat berhubung kematian yang berlaku.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon baru-baru ini menyuaraka­n kebimbanga­n dan kekecewaan­nya dengan bantuan kecemasan yang begitu sedikit sampai ke negara miskin itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia