Utusan Borneo (Sarawak)

Giliran Leverkusen jadi mangsa Lotte

-

BERLIN, Jerman: Sportfreun­de Lotte menumbangk­an sebuah lagi kelab gergasi bola sepak Jerman walaupun menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila menewaskan Bayer Leverkusen 4- 3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Lotte, kelab divisyen tiga, sudah menyingkir­kan sebuah kelab Bundesliga, Werder Bremen di pusingan pertama kejohanan.

Walaupun pemain pertahanan­nya, Tim Wendel dibuang padang pada minit ke-79 selepas menerima kad kuning kedua perlawanan, Lotte mengekalka­n kedudukan 2-2 sehingga tamat masa tambahan pada perlawanan pusingan kedua itu.

Leverkusen dicemuh penyokong sendiri sementara pengarah sukan kelab, Rudi Voeller, berasa hairan.

“Ini tidak dapat diatasi dari segi kebodohan,” kata beliau.

Dua gol pendahulua­n Kevin Volland berjaya diikat oleh gol sendiri Roberto Hilbert dan Kevin Freiberger.

Pada penentuan sepakan penalti, Charles Aranguiz, Volland dan Julian Baumgartli­nger, gagal menyempurn­akan tendangan untuk Leverkusen.

Ia keputusan membimbang­kan buat Bayer, yang akan bertandang ke Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Juara- Juara minggu hadapan tetapi masih belum menang dalam empat perlawanan terakhir.

“Ini adalah situasi yang paling sukar sejak saya menyertai kelab,” akui penyerang Leverkusen, Stefan Kiessling.

Mereka tewas 0-3 kepada Hoffenheim di tempat sendiri dalam aksi Bundesliga Sabtu lepas dan tekanan kini semakin meningkat ke atas jurulatih Roger Schmidt.

Kekalahan memalukan itu hadir 24 jam selepas Schmidt digantung dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Jerman kerana mengeluark­an kata-kata kesat ke arah jurulatih pasukan lawan.

Beliau juga terpaksa menonton perlawanan dalam bas pasukan kerana penggantun­gan termasuk tidak dibenarkan berada di kawasan bermain.

Pada perlawanan lain, Freiburg juga menjadi sebuah lagi kelab Bundesliga yang tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti apabila tewas 3-4 kepada kelab divisyen dua, Sandhausen selepas terikat 3-3 pada masa tambahan. — AFP

 ??  ?? FERGUSON
FERGUSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia