Utusan Borneo (Sarawak)

MH17: Dua opsyen pendakwaan telah dikenal pasti

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan negara- negara anggota Pasukan Penyiasat Bersama ( JIT) sedang meneruskan perbincang­an untuk mengenal pasti opsyen pendakwaan bagi menuntut keadilan berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbanga­n MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata opsyen itu adalah pendakwaan di peringkat nasional oleh satu daripada negara anggota JIT atau pendakwaan suatu tribunal antarabang­sa yang diwujudkan khas oleh negara anggota JIT.

“Bagaimanap­un, keputusan antara kedua-dua opsyen tersebut adalah bergantung kepada hasil siasatan jenayah kelak,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai kaedah yang diambil kerajaan dalam menuntut keadilan terhadap kes itu.

MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berhampira­n sempadan Rusia pada 17 Julai 2014 hingga mengorbank­an kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata setakat ini hanya kerajaan Belanda telah mengambil tindakan untuk membuat pendakwaan nasional.

Menurutnya hasil siasatan terhadap kedua- dua opsyen pendakwaan itu adalah penting untuk menjelaska­n tempat bermastaut­in orang yang disyaki kewarganeg­araannya.

“Walau apapun opsyen pendakwaan dan opsyen perbicaraa­n yang ditentukan kelak, keupayaan untuk memulakan pendakwaan terhadap mana-mana tertuduh ialah tertakluk kepada adanya keterangan yang mencukupi dan boleh diterima mahkamah,” kata beliau.

Ab Aziz berkata laporan interim siasatan jenayah nahas penerbanga­n MH17 yang dikeluarka­n JIT pada 28 Sept 2016 belum mengenal pasti pihak bertanggun­gjawab yang menembak jatuh pesawat berkenaan.

“Pada masa ini, siasatan berhubung pelaku- pelaku jenayah berhubung nahas itu masih dijalankan JIT dan sebarang tindakan yang aka diambil hanya akan diputuskan setelah siasatan berhubung nahas pesawat itu selesai dan setelah mendapat bukti- bukti yang kukuh untuk membawa pelaku atau pelaku-pelaku jenayah ke muka pengadilan,” katanya.

Kepada soalan tambahan Johari mengenai bentuk bantuan yang diberikan kerajaan kepada waris mangsa nahas, Ab Aziz berkata pihak kerajaan dan MAS sentiasa komited membantu mereka dan mengambil berat terhadap keluarga mangsa.

Pada 28 Sept lepas, kumpulan penyiasat antarabang­sa diketuai Belanda merumuskan bahawa pesawat itu ditembak jatuh menggunaka­n pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Ketua Jabatan Penyiasata­n Jenayah Pusat Belanda, Wilbert Paulissen berkata sistem pertahanan peluru berpandu Buk itu kemudian diangkut balik ke Rusia selepas MH17 ditembak jatuh, mengorbank­an kesemua orang yang berada di dalam pesawat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Hishammudd­in (tiga kiri) beramah mesra bersama penerima pangkat (dari kiri)iaitu Mohd Irwan, Khairy dan Ahmad Razif (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan , Kuala...
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Hishammudd­in (tiga kiri) beramah mesra bersama penerima pangkat (dari kiri)iaitu Mohd Irwan, Khairy dan Ahmad Razif (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan , Kuala...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia