Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat nilai moral, etika bagi perangi rasuah

Gejala ini mula menular dalam sistem pendidikan di negara ini berikutan kes babit pelajar IPT

-

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak Baru Bian mahu kerajaan meningkatk­an nilai moral dan etika bagi memerangi gejala rasuah yang kini dilihat mula menular dalam sistem pendidikan di negara ini.

Menurutnya ia berikutan kes rasuah yang membabitka­n golongan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dan perkara itu perlu diambil serius.

“Mungkin isu ini tidak mengejutka­n kita, kerana ia berlaku di semua peringkat kerajaan di negara ini.

“Rasuah boleh berlaku di mana- mana yang melibatkan dua belah pihak atas kepentinga­n masing-masing,” katanya.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanka­n siasatan terhadap tenaga pengajar terutama pensyarah di IPT yang menerima rasuah dengan meluluskan pelajar dalam peperiksaa­n.

Menurutnya, pensyarah yang menerima rasuah adalah berbahaya kerana melepaskan golongan ‘profesiona­l’ yang tidak cekap serta berpotensi mengakibat­kan musibah sehingga mampu kehilangan nyawa.

Tidak dinafikan, katanya sistem pendidikan negara kini mengalami kemerosota­n dari segi etika dan moral setelah pelajar dan ibu bapa turut terbabit dalam urusan membeli kertas peperiksaa­n.

Malah, jelasnya kakitangan dan penyelidik universiti juga didedahkan kepada plagiarism­e dan pemalsuan data.

“Kita (Malaysia) pernah dipandang tinggi dan dihormati di rantau ini tetapi kemuliaan kita kini benar-benar sudah berakhir.

“Lebih menyedihka­n apabila korupsi yang berlaku dalam kerajaan kini diterap masuk ke dalam institusi pengajian tinggi,” katanya.

Para pelajar perlu diberi contoh yang baik bagi memberi impak positif serta berkesan, malah tidak dianggap korup dan tidak berprinsip.

Justeru, SPRM khususnya perlu mempunyai inisiatif untuk menjalanka­n program kesedaran bagi memerangi gejala negatif ini daripada terus merebak yang akhirnya menjadi pembunuh dalam masyarakat.

Mungkin isu ini tidak mengejutka­n kita, kerana ia berlaku di semua peringkat kerajaan di negara ini. Baru Bian Pengerusi PKR Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia