Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Anak Tuno terima RM300,000 bina dewan baharu

-

LIMBANG: Sambutan ulang tahun penubuhan Kampung Anak Tuno ke- 30 tahun kali ini lebih bererti buat penduduk kampung apabila menerima peruntukan RM300,000 bagi kerja pembinaan dewan kampung baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, selain kemudahan dewan, sejumlah RM30,000 diagih untuk kerja menembok tanah di tapak dewan berkenaan.

“Kemudahan dewan amat diperlukan penduduk kampung, bukan sahaja untuk melaksana pelbagai aktiviti yang diadakan di peringkat kampung malah sebagai tempat penduduk berhimpun,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Kampung Anak Tuno Ke-30 di sini barubaru ini.

Turut hadir isteri Paulus Mary Sindang, Ketua Kampung Anak Tuno Jude Julai Tikas, pengerusi pengelola Fedrik Banyi Suluk, Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Anak Tuno Cecalia Lim dan ketua masyarakat lain.

Paulus berkata lagi selain dewan, kerajaan perlu mencari tapak bagi membina gelanggang futsal di kampung terbabit.

“JKKK kampung juga perlu menyediaka­n kertas kerja untuk permohonan bagi pembinaan jalan simen ke rumah penduduk.

“Selain itu bagi permohonan lampu jalan, mereka perlu merujuk permohonan berkenaan ke Pejabat Daerah Limbang,”katanya.

Mengulas mengenai permohonan pembinaan jalan ke kawasan tanah perkuburan, Paulus mahu satu jawatankua­sa terbabit dibentuk supaya dapat menyediaka­n akaun bagi memudahkan dana daripada wakil rakyat disalurkan bagi memudahkan kerja penyelengg­araaan dan pengurusan.

“Di samping itu bagi permohonan jalan kebun pula, kita minta penduduk menyenarai­kan nama pekebun yang memohon jalan bagi projek berkenaan,”katanya.

Paulus dalam pada itu mahu penduduk kampung mengusahak­an sektor pertanian dan aktiviti yang dapat meningkatk­an pendapatan.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau mahu program itu diadakan saban tahun bagi mengukuhka­n lagi perpaduan di peringkat akar umbi.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk jogaton dan Walkaton anjuran JKKK Anak Tuno.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Paulus (empat kanan) dan Mary (tiga kanan) bersama Julai (tiga kiri) dan jemputan lain memotong kek ulang tahun Kampung Anak Tuno.
RAIKAN BERSAMA: Paulus (empat kanan) dan Mary (tiga kanan) bersama Julai (tiga kiri) dan jemputan lain memotong kek ulang tahun Kampung Anak Tuno.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia