Utusan Borneo (Sarawak)

RTP bawa sinar kepada penduduk Temiang Undop

-

SRI AMAN: Projek Pembinaan Jambatan Konkrit Sungai Undop, Kampung Temiang Undop, Rumah Jubang, Temiang Undop menerusi Rural Tranformat­ion Project (RTP) bakal membawa sinaran baharu kepada penduduk Rumah Jubang, Temiang Undop yang menetap di kawasan Sungai Undop.

Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladanga­n Datuk Francis Harden Hollis menjelaska­n, projek bernilai RM750,000 itu telah dilulus kerajaan menerusi RTP DUN Simanggang sebelum ini dan dilaksana segera.

Katanya setelah melihat kepentinga­n jambatan itu kepada penduduk rumah panjang serta lebih lima rumah panjang di kawasan Temiang Undop serta rumah rumah panjang berdekatan, kerajaan meluluskan sejumlah peruntukan membina jambatan konkrit berkenaan.

“Saya sendiri turun padang dan melihat sendiri keadaan jambatan sedia ada. Amat wajar sebuah jambatan konkrit dibina bagi menggantik­an jambatan sedia ada bagi memberi keselesaan penduduk rumah panjang di sekitar kawasan ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak projek pembinaan jambatan konkrit berkenaan dekat sini semalam.

Harden bagaimanap­un berkata pembinaan jambatan konkrit itu bakal memberi kemudahan kepada lebih 1,000 penduduk kawasan Temiang serta kawasan berdekatan mengerjaka­n tanaman padi, membuka ladang getah mahupun ladang sawit untuk meningkatk­an ekonomi mereka.

“Rata- rata penduduk di kawasan Temiang ini memiliki tanah terbiar di kawasan tanah seberang Sungai Undop ini dan bakal membuka peluang kepada mereka meningkatk­an sosioekono­mi masing-masing selepas ini,” katanya.

Beliau mewakili penduduk Temiang serta penduduk persekitar­an merakam ucapan ribuan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional ( BN) terutama pemimpin tertinggi BN Ketua Menteri Datuk Datinggi Tan Sri Adenan Satem kerana telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk pembinaan jambatan konkrit itu.

“Ini hasil keprihatin­an dan satu penghargaa­n kerajaan BN kepada rakyat sebagai membalas jasa rakyat yang memberi sokongan kuat kepada BN selama ini,” tambahnya.

Faktor utama kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian manusia, iaitu memandu secara berbahaya, memandu laju dan kepenatan. Justeru, kita perlukan program intervensi untuk

kesedaran. ” memberi Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

“Faktor utama kemalangan jalan raya adalah disebab- malangan jalan raya. Jelas beliau, hakikat itu amat menyedih kerana negara kehilangan lebih 6,000 nyawa akibat kemalangan jalan raya setiap tahun dan mendatangk­an kerugian lebih RM8.3 bilion kepada negara berdasarka­n statistik kematian tahun lalu.

Justeru kesedaran minda masyarakat khasnya pelajar perlu dipupuk dalam mengamalka­n budaya keselamata­n jalan raya termasuk mengambil serius pemakaian topi keledar, tali pinggang keledar hadapan dan belakang.

Program itu katanya bertepatan dengan langkah inter- vensi yang digariskan pada Tonggak Strategik Ke-4 Pelan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia 2014-2020 - Pengguna Jalan Raya Yang Selamat.

Pelan ini juga berpanduka­n Tindakan Sedekad Global Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) yang menekankan keperluan program keselamata­n jalan raya berorienta­sikan hasil.

Hadir sama ialah wakil Residen Miri Majenah Lass, Pegawai Daerah Beluru Mataip Sayu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Subis Abdul Azid Ismail dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia