PEDAS, DTTG kutuk tindakan syarikat guna ‘cara kasar’ selesai masalah
MIRI: Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) dan Dayak Think Thank Group (DTTG) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mana-mana syarikat yang suka menggunakan ‘cara kasar’ atau khidmat gengster menyelesaikan masalah penduduk kampung berbanding cara diplomasi.
Presiden PEDAS Mejar (B) Kapten Collin Imran berkata keputusan sesetengah syarikat mengupah atau menggunakan khidmat gengster menangani pertelingkahan penduduk tidak membawa sebarang penyelesaian dan manfaat kepada kedua-dua pihak sebaliknya merunc- ingkan lagi keadaan.
“PEDAS dan DTTG mengutuk tindakan seumpama itu yang tidak membawa sebarang kebaikan atau penyelesaian kepada kedua-dua pihak dan tidak menunjukkan toleransi dan profesional, sebaliknya mengambil undang-undang sendiri.
“Ini seolah-olah menganggap negeri ini tidak mempunyai undang-undang dan kerajaan memerintah,” katanya mengulas kes terkini membabitkan pertelingkahan penduduk kampung dengan sekumpulan gengster di Sungai Arip, petang kelmarin sehingga mengorbankan nyawa,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh PEDAS dan DTTG iaitu sebuah kumpulan pemikir Dayak yang diketuai oleh Willie Henry Majang.
PEDAS dan DTTG menggesa pihak berkaitan termasuk agensi berkaitan supaya bersikap lebih serius menyelesaikan isu- isu itu serta menarik balik semua PL (provisional lease) dikeluarkan kepada syarikat-syarikat didapati menggunakan khidmat gengster menyelesaikan masalah dengan pemilik tanah dan penduduk kampung.
Collin turut meminta pihak berkuasa menyiasat keskes tersebut dengan adil dan telus serta mengambil tindakan sewajarnya agar insiden seumpama ini terutama membabitkan tanah tidak lagi berulang.
Katanya dalam kes terbaharu berlaku di Sungai Arip, Balingian laporan polis sudah kerap dibuat di Balai Polis Selangau kerana penduduk mendakwa selalu menerima ancaman dan ugutan disebabkan halangan dibuat oleh mereka.
Penduduk kampung bertindak membuat halangan bagi menghalang syarikat perladangan terbabit meng- gunakan laluan jalan kampung membawa keluar buahbuah sawit mereka kerana telah banyak menimbulkan merosakkan terhadap jalan kampung yang dibina oleh penduduk.
Penduduk kampung juga mendakwa syarikat terbabit tidak pernah membayar kepada mereka menggunakan jalan kampung dan pernah meminta ganti rugi terhadap kerosakan jalan akibat lori-lori sawit namun tidak pernah diendahkan syarikat tersebut.
“Masalah sampai ke kemuncak dan pertelingkahan penduduk dengan sekumpu- lan orang dipercayai diupah syarikat terbabit akhirnya mengakibatkan pertumpahan darah. Insiden paling kami takuti, berulang lagi,” katanya sambil mengakui semakin banyak syarikat pembalakan dan ladang-ladang kelapa sawit menggunakan cara ‘kasar’ atau gengster menyelesaikan masalah mereka.
Presiden PEDAS itu memberitahu, jika pertelingkahan seperti itu semakin menjadi-jadi ia tidak membawa sebarang faedah atau kebaikan sebaliknya membawa huru-hara lebih besar serta menjejaskan pembangunan negara.