Colombia dan pemberontak mulakan rundingan damai
HAVANA: Kerajaan Colombia dan pemberontak Marxis FARC kelmarin telah memulakan rundingan mengenai bagaimana untuk melaksanakan satu perjanjian damai, menolak di dalam satu referendum pada bulan lepas, yang mungkin akan menamatkan perang saudara paling lama di Amerika Latin.
“Pertemuan dengan para delegasi dan penasihat kerajaan dan pihak FARC di Havana bermula dengan dialog yang konstruktif. Mari melaksanakan kedamaian,” menurut pihak kerajaan di dalam Twitter.
“Ia adalah satu suasana yang optimistik. Mari mencapai kedamaian,” perunding utama FARC Timoleon Jimenez (Timochenko) menyatakan di dalam Twitter.
Kedua-dua pihak sedang “cuba untuk mencari asas yang biasa,” menurut beliau.
Santos yang mempertaruhkan legasinya bagi menghasilkan kedamaian telah melanjutkan gencatan senjata pihak tenteranya sehingga 31 Disember sekiranya tiada jalan penyelesaian bagi ketegangan telah dicapai oleh mereka.
FARC, yang telah mengkritik tarikh akhir Santos, juga telah mengesahkan kesanggupannya untuk meneruskan rundingan dan mengekalkan satu gencatan senjata dua pihak.
Pemimpin Colombia tersebut telah memenangi Hadiah Kedamaian Nobel hanya beberapa hari selepas pengundi menentang perjanjian bersejarah dalam satu referendum yang akan menamatkan konflik selama 52 tahun.
Sejak penolakan perjanjian pada 2 Oktober, Santos telah mengadakan rundingan berterusan dengan ahli politik termasuk bekas presiden negara Alvaro Uribe yang mengetuai tentangan terhadap perjanjian itu termasuk para pemimpin agama dan mangsa bagi kon- flik bersenjata.
Di bawah perjanjian damai yang telah ditolak di dalam referendum, dianggarkan seramai 7,500 pejuang FARC akan melucutkan senjata mereka di bawah penyeliaan PBB.
Santos telah melancarkan rundingan dengan Revolutionary Armed Forces of Colombia (FARC) selepas menjawat jawatannya pada 2010, dengan kedua- dua pihak telah mempersetujui satu perjanjian bersejarah pada 24 Ogos bagi menamatkan konflik, yang telah meragut 260,000 nyawa.
Namun terdapat tiada gencatan senjata dilakukan dengan kumpulan pejuang yang lebih kecil Tentera Pembebasan Negara (ELN).
FARC dan ELN telah berperang dengan pihak negara sejak 1964.
ELN telah dianggarkan sebagai suku dari saiz FARC, dengan kira- kira 1,500 pejuang. — AFP