Liverpool akur, Arsenal dan Spurs sekadar seri
Gol McAuley rapatkan kedudukan pada lewat permainan nafi The Reds kedudukan di tangga teratas liga
LONDON, England: Gol minit ke- 81 oleh Gareth McAuley menghalang Liverpool menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris buat seketika selepas menewaskan West Bromwich Albion 2-1 Sabtu lepas.
Memerlukan kemenangan 2-0 untuk memintas pendahulu liga, Arsenal, Liverpool mendahului 2- 0 menerusi gol Sadio Mane dan Philippe Coutinho tetapi gol McAuley menyebabkan Liverpool terpaksa akur di tempat kedua dengan perbezaan gol.
Arsenal sebelum itu seri tanpa jaringan dengan Middlesbrough sementara pasukan di tangga keempat, Tottenham Hotspur, juga seri tanpa jaringan di Bournemouth.
“Saya benar-benar gembira dengan permainan pasukan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika memberitahu Sky Sports.
“Ia sangat sukar untuk menentang West Brom. Anda sentiasa harus mengekalkanfokus. Mereka sangat bahaya d a r i
Saya benarbenar gembira dengan permainan pasukan. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool
tendangan bola mati. “Tetapi saya fikir ia pastinya satu gurauan sekiranya kami tidak menang hari ini. Ia sangat luar biasa sekali dari segi kami bermain.” Manchester City boleh merampas pendahuluan liga sekiranya mengelak kekalahan apabila menanti kunjungan Southampton sementara Manchester United akan bertandang ke Chelsea pada perlawanan lewat. Klopp melakukan satu perubahan dari skuad Liverpool yang seri tanpa jaringan dengan United minggu lepas, dengan Adam Lallana kembali ke dalam kesebelasan utama dan memaksa Daniel Sturridge bermula di bangku simpanan. Roberto Firmino menggantikan tempat Sturridge di jentera serangan dan memainkan peranan penting dengan menghasilkan gol pembukaan Liverpool pada minit ke-20 apabila hantaran lintang kepada Mane.
Manekemudianmengumpan bola kepada Coutinho untuk gol kedua 15 minit kemudian.
McAuley, pemain pertahanan tengah West Brom, merapatkan kedudukan pada lewat permainan untuk menafikan Liverpool kedudukan di tangga teratas liga.
Arsenal memburu kemenangan kelapan berturut-turut dalam semua pertandingan selepas menewaskan Ludogorets Razgard dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu.
Tetapi Middlesbrough hampir memecah kebuntuan dalam separuh masa pertama perlawanan di Stadium Emirates apabila tendangan percuma Gaston Ramirez pada minit ke-21 hanya menggegar palang gol.
Arsenal menguasai separuh masa kedua tetapi masih berterima kasih kepada penjaga golnya, Petr Cech kerana menepis beberapa serangan pantas Boro.
“Ia adalah perlawanan di mana anda menguasai bola tetapi keletihan pemain jelas kelihatan dan anda terdedah kepada serangan mengejut,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-67.
“Anda menyukarkan diri anda sendiri. Tujuh puluh lima peratus penguasaan bola tetapi anda boleh tewas, ia adalah bola sepak moden.”
Tottenham mengekalkan rekod tanpa kalah kepada sembilan perlawanan – sesuatu yang kali terakhir dicapai pada 1990 – tetapi mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga teratas liga apabila diikat tanpa jaringan di Bournemouth.
Kedua-dua pasukan tidak bernasib baik apabila satu cubaan terkena palang pada awal permainan dengan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris menepis rembatan Charlie Daniels ke palang dan satu rembatan pemain Spurs, Erik Lamela terkena palang dari satu rembatan jarak jauh.
“Kami mengawal permainan tetapi tidak mencipta cukup peluang untuk menjaringkan gol,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.
“Saya fikir kami perlu berasa gembira dengan keputusan ini kerana ia satu lagi mata penting, satu lagi rekod tanpa bolos tetapi ia benar, jika mahu menjadi pencabar kejuaraan liga, kami harus memenangi perlawanan seperti ini.”
Juara bertahan, Leicester City, tidak memerlukan penyerang sensasinya, Jamie Vardy ketika menewaskan Crystal Palace 3-1 dan melonjak ke tangga ke-12 liga.
Dengan Vardy bermula di bangku simpanan selepas kecederaan pangkal paha, penyerang Ahmed Musa dan Shinji Okazaki menjaringkan gol dalam kedua-dua babak pada perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power.
Christian Fuchs melengkapkan jaringan pada minit ke-79 untuk gol sulung beliau bersama Leicester.
Yohan Cabaye menjaringkan gol saguhati Palace, lima minit sebelum tamat permainan.
“Ia adalah permainan terbaik kami setakat ini,” kata pengurus Leicester, Claudio Ranieri. “Ia adalah mirip permainan kami musim lepas.”
Everton juga mensia-siakan peluang untuk bersaing di kelompok teratas apabila tewas 1-2 di Burnley, menyebabkan mereka jatuh ke tangga keenam liga.
Burnley membuka jaringan pada minit ke-39 hasil kesilapan penjaga gol Maarten Stekelenburg, membolehkan Sam Vokes menolak bola ke pintu gol.
Yannick Bolasie mengikat kedudukan buat Everton tetapi Scott Arfield memastikan gol kemenangan Burnley pada minit akhir.
Xherdan Shaqiri menjaringkan dua gol cantik – gol kedua dari satu tendangan percuma – ketika Stoke City menewaskan Hull City 2-0 untuk melangkah keluar dari zon penyingkiran.
Sunderland kekal di tangga terbawah liga selepas gol lewat Winston Reid memastikan West Ham menang tipis 1-0 di Stadium London. — AFP