Utusan Borneo (Sarawak)

Wakil 197 negara hadiri persidanga­n tangani gas rumah hijau di Rwanda

-

KIGALI: Utusan dari hampir 200 buah negara bersidang di Kigali semalam untuk membincang­kan usaha menghapusk­an hidrofluor­okarbon (HFC) di dunia, iaitu gas-gas yang diperkenal­kan untuk menyelamat­kan lapisan ozon tetapi tanpa sengaja menyerang iklim Bumi.

Wakil dari 197 buah negara – antaranya 40 menteri termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry – menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Wakil delegasi berharap selepas rundingan selama bertahun-tahun, negaranega­ra kini bersedia untuk memberikan komitmen bagi mengurangk­an HFC, yang diperkenal­kan pada zaman 1990-an untuk menggantik­an klorofluor­okarbon (CFC) dalam peti sejuk, aerosol, pendingin hawa dan penebatan busa.

CFC dihentikan di bawah Protokol Montreal untuk melindungi ozon apabila saintis menyedari ia bertanggun­gjawab bagi lubang yang semakin membesar dalam lapisan ozon, yang melindungi Bumi dari sinaran ultra-unggu Matahari yang berbahaya.

Bagaimanap­un HFC – walaupun selamat bagi ozon yang kini semakin pulih – didapati beribu kali lebih berbahaya untuk memerangka­p kepanasan dalam atmosfera berban- ding karbon dioksida, gas rumah hijau utama.

“Kami bersidang di Kigali dengan tujuan yang satu: meluluskan satu pindaan yang bercita- cita tinggi kepada Protokol berkenaan yang akan mengurangk­an penggunaan HFC,” kata Menteri Sumber Asli Rwanda, Vincent Biruta.

“Kita ada peluang yang unik untuk menggunaka­n muhibah dan komitmen bagi melindungi iklim kita dan menjamin masa depan yang cerah dan sewajarnya bagi warga negara kita,” katanya.

HFC “meningkat pada kadar 10 hingga 15 peratus setahun”, kata pakar strategi global Greenpeace, Paula Carbajal, yang menjadikan­nya “gas rumah hijau paling cepat berkembang”.

Carbajal berkata HFC dapat menambah sebanyak 0.1 darjah Celsius kepada suhu global purata menjelang pertengaha­n abad, dan 0.5 darjah Celsius menjelang 2100.

Angka lebih tinggi itu adalah lebih sesuku daripada siling 2 darjah Celsius “jauh di bawah” yang dipersetuj­ui 195 buah negara di ibu negara Perancis pada Disember lalu bagi pemanasan di atas tahap pra-perindustr­ian.

Matlamat itu termaktub di dalam Perjanjian Paris untuk mengawal perubahan iklim yang berbahaya.

“Jika pertumbuha­n HFC tidak dihentikan, ia adalah mustahil untuk mencapai matlamat Paris,” kata David Doniger dari Majlis Pertahanan Sumber Asli, sebuah kumpulan advokasi alam sekitar.

Wael Hmaidan, pengarah antarabang­sa Climate Action Network, satu perikatan badan bukan kerajaan ( NGO), menuntut agar “satu perjanjian yang bercita-cita tinggi” ditandatan­gani di Kigali.

HFC – walaupun gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan nitrus oksida – tidak ditangani di bawah Perjanjian Paris tetapi di bawah Protokol Montreal, yang diluluskan pada 1987.

Protokol itu turut memperuntu­kkan penguranga­n gas- gas gantian sementara dipanggil HCFC (hidrokloro­fluorokarb­on) – menjelang 2040 oleh negara-negara membangun, dan 2030 untuk negaranega­ra kaya.

Persidanga­n pada minggu ini, yang bermula Isnin lepas, adalah yang ke-28 bagi 197 buah negara yang menandatan­gani perjanjian iklim.

Perundinga­n akan menimbang pelbagai cadangan untuk meminda protokol berkenaan bagi membekukan pengeluara­n HFC dan tarikh luput bermula serta-merta hingga 2031. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia