Utusan Borneo (Sarawak)

Dua remaja ‘pro-IS’ didakwa di Australia

Berdepan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan merancang serangan ganas

-

SYDNEY: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa semalam atas tuduhan merancang satu serangan ganas selepas ditangkap dengan pisau “ala bayonet” di Sydney, dan polis berkata kedua- dua suspek mendapat inspirasi dari kumpulan yang memanggil diri Negara Islam (IS).

Dua remaja tersebut, yang tidak dinamakan, dicekup di barat daya bandar raya selepas membeli senjata tersebut di sebuah kedai, dan ia menimbulka­n semula kebimbanga­n mengenai radikalisa­si belia.

Mereka berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah atas tuduhan “menyediaka­n, atau merancang, tindakan pengganas” serta menjadi anggota sebuah organisasi pengganas.

“Kami tidak ada sebarang maklumat khusus mengenai sasaran tertentu di mana kami akan mendakwa satu serangan bakal berlaku,” kata Timbalan Pesuruhjay­a Polis New South Wales, Catherine Burn.

“Bagaimanap­un apa yang kami tahu ialah tindakan itu, yang akan kami dakwa, adalah mencukupi untuk menyatakan mereka bersedia untuk melakukan satu serangan walaupun kami tidak tahu secara khusus di mana serangan itu akan berlaku.”

Dia menambah polis mendakwa “serangan itu diilham- kan oleh IS”.

“Dakwaan yang ada kaitan dengan keanggotaa­n dalam sesebuah organisasi, kami akan mengaitkan hubungan atau kesetiaan mereka dengan IS,” katanya.

Mereka tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin oleh sebuah mahkamah juvana dan dijadual dihadap semula ke mahkamah pada Disember.

Pegawai Australia berkata mereka kini sudah mencegah 11 serangan ganas di tanah air sejak dua tahun lalu. Namun beberapa serangan sudah berlaku termasuk pembunuhan seorang pekerja polis Sydney pada tahun lepas.

Polis antikegana­san telah membuat beberapa tangkapan sejak hujung 2014, dan usia muda serta radikalisa­si ramai daripada mereka yang ditahan semakin membimbang­kan pihak berkuasa.

“Sesiapa sahaja yang menyatakan mereka ada peluru perak bagi radikalisa­si belia, tolong beritahu saya tentang segalanya,” kata Timbalan Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia Michael Phelan.

Beliau berkata segelintir remaja beralih daripada “sifar kepada radikalisa­si sepenuhnya dalam masa 48 jam atau 72 jam kepada satu kejadian yang kita terpaksa halang”.

“Ia adalah subjek yang sangat sukar kerana satu penyelesai­an tidak dapat menyelesai­kan semuanya. Orang menjadi radikal dalam pelbagai cara,” tambahnya.

“Itu adalah masalah bagi kami – cuba mengenal pasti seawal itu dan cuba meletakkan orang ke dalam program, cuba bekerja dengan mereka, dan cuba menghalang mereka pada laluan ke arah radikalisa­si.”

Tangkapan terbaharu dibuat hanya beberapa minggu sahaja selepas seorang lelaki berusia 22 tahun, yang menurut polis turut mendapat inspirasi dari IS, menikam seorang datuk berusia 59 tahun yang sedang bersiarsia­r di Sydney, menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan yang serius.

Dua hari sebelum serangan itu, seorang remaja lelaki didakwa atas tuduhan membuat ugutan di Sydney Opera House, dan kedua-dua insiden menyusuli satu seruan IS untuk menyasari lokasi berprofil tinggi di Australia.

Kerajaan Australia semakin bimbang mengenai fahaman ekstrem yang dipupuk di dalam negara dan tahap ancaman keganasan telah dinaikkan pada September 2014.

Canberra juga bimbang mengenai warganya yang berperang untuk organisasi pelampau jihad seperti IS di Iraq dan Syria selain membantu menyerap fahaman radikal dalam pemikiran orang lain.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SIDANG MEDIA: Timbalan Pesuruhjay­a Polis New South Wales, Catherine Burn (kanan) dan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia Michael Phelan bercakap pada sidang media selepas dua remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa merancang serangan ganas...
— Gambar AFP SIDANG MEDIA: Timbalan Pesuruhjay­a Polis New South Wales, Catherine Burn (kanan) dan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia Michael Phelan bercakap pada sidang media selepas dua remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa merancang serangan ganas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia