Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut dalam nahas helikopter di Mexico

-

KOTA MEXICO: Dua orang terkorban manakala seorang lagi tercedera apabila sebuah helikopter tentera terhempas di wilayah ganas Tamaulipas di Mexico kelmarin, kejadian terbaharu dalam siri insiden sedemikian.

Helikopter tersebut sedang menjalanka­n operasi peninjauan lapan kilometer di timur bandar utama negara Ciudad Victoria berhampira­n dengan sempadan AS ketika ia terhempas, menurut kementeria­n pertahanan dalam satu kenyataan.

Punca kejadian masih belum diketahui, lapor media.

Pesawat itu membawa dua juruterban­g dan seorang pegawai tentera.

Pembantu juruterban­g, satu- satunya mangsa terselamat, telah dihantar dengan helikopter ke hospital.

Tamaulipas salah satu negeri paling berbahaya di Mexico, di mana kartel Zeta dan Teluk berebut kawalan untuk laluan pengedaran utama ke Amerika Syarikat (AS).

Nahas itu adalah yang terbaharu dalam siri kemalangan helikopter di Mexico.

Pada September lepas, lima kru maut dalam nahas helikopter polis di wilayah Michoacan.

Pakar menyatakan insiden itu berlaku ketika juruterban­g melancarka­n helikopter untuk mengelak serangan sebuah kumpulan penjenayah.

Itu adalah kali kedua sejak 2015 di mana sebuah kumpulan telah menjatuhka­n sebuah helikopter.

Pada tahun lepas, kartel dadah Jalisco New Generation di wilayah barat Jalisco menggunaka­n pelancar roket untuk menjatuhka­n sebuah helikopter tentera, membunuh tujuh anggota tentera dan seorang anggota polis wanita.

Pada Julai lalu, tiga anggota tentera maut dalam satu lagi nahas helikopter di tengah Mexico. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? NAHAS: Gambar fail 5 Mei tahun lepas menunjukka­n sebuah bangkai helikopter tentera hangus di tempat kejadian dekat Villa Purificaci­on.
— Gambar Reuters NAHAS: Gambar fail 5 Mei tahun lepas menunjukka­n sebuah bangkai helikopter tentera hangus di tempat kejadian dekat Villa Purificaci­on.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia