Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasuh Taska perlu miliki diploma pengurusan awal kanak-kanak: Rohani

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluargada­nMasyaraka­t ( KPWKM) meletak syarat pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) perlu memiliki sekurangku­rangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia bagi memastikan pengasuh mempunyai pengetahua­n dan mencapai kualiti untuk mengasuh kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

“Di negara maju, pengasuh kanak-kanak di bawah tiga tahun memang dilatih secara profesiona­l dan tahap pen- didikan minimum mereka mestilah diploma.

“Sebelum ini Kementeria­n Pendidikan telah membincang­kan perkara ini, tetapi hanya melibatkan prasekolah. Kali ini kita mahu pengasuh Taska juga mempunyai diploma sebagai kelayakan utama,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengadakan Dialog Bersama Menteri bertajuk ‘Wawasan Baharu Ke Arah Pembanguna­n Masyarakat’ di Institut Sosial Malaysia di sini semalam.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Rohani berkata keperluan bagi memastikan pengasuh Taska memiliki diploma merupakan usaha kerajaan untuk mendapatka­n acuan terbaik dalam mendidik kanak-kanak.

“Kanak-kanak di peringkat umur tiga tahun ke bawah memerlukan pendidikan awal berkualiti daripada pengasuh berkemahir­an bagi mencorak masa depan negara,” katanya.

Dialog julung kali itu akan diteruskan dengan lapan lagi siri bersama penyertaan menteri daripada pelbagai kementeria­n lain sehingga Disember tahun depan.

Ia bertujuan untuk menyampaik­an maklumat mengenai isu sosial semasa negara, merangsang percambaha­n minda dan perkongsia­n idea dalam memahami cabaran sosial semasa serta meningkatk­an kesedaran dan tanggungja­wab masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UTAMAKAN KUALITI: Rohani menyampaik­an ucapan pada ‘ISM Ministeria­l Dialogue: New Insights Into Nurtuning Prosperous Society Developmen­t’ di Auditorium Institut Sosial Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UTAMAKAN KUALITI: Rohani menyampaik­an ucapan pada ‘ISM Ministeria­l Dialogue: New Insights Into Nurtuning Prosperous Society Developmen­t’ di Auditorium Institut Sosial Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia