Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha akhir ketepikan sabitan dan hukuman

Mahkamah Persekutua­n mendengar permohonan Anwar bagi semakan terhadap sabitan hari ini

-

KUALA LUMPUR: Selepas menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan kerana sabitan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir habis menggunaka­n remedi perundanga­n untuk memohon dibebaskan daripada pemenjaraa­n.

Hari ini, Mahkamah Persekutua­n akan mendengar permohonan Anwar sebagai usaha akhirnya menggunaka­n saluran perundanga­n untuk mengetepik­an sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantuny­a Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.

Anwar mahu Mahkamah Persekutua­n mengguna pakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Secara alternatif, beliau mahu Mahkamah Persekutua­n untuk mendengar semula rayuannya berhubung merit.

Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995 membenarka­n pihak yang kalah perbicaraa­n memohon Mahkamah Persekutua­n membuat semakan terhadap keputusan.

Walaupun Mahkamah Persekutua­n mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusann­ya bagi mengelakka­n ketidakadi­lan dan salah guna proses mahkamah, pada umumnya ia hanya dilaksanak­an dalam keadaankea­daan tertentu.

Anwar, 68, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutua­n pada 10 Feb, 2015 mengekalka­n sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.

Dalam penghakima­n setebal 116 muka surat, Hakim Arifin berkata mahkamah persekutua­n mengekalka­n sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan selepas mengambil kira betapa seriusnya kesalahan liwat dan hakikat bahawa Anwar telah mengambil kesempatan berdasarka­n kedudukann­ya sebagai majikan kepada mangsa.

Hakim Arifin mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim- hakim Mahkamah Persekutua­n iaitu Tan Sri Abdull Hamid Em- bong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi membebaska­n dan melepaskan Anwar daripada tuduhan atas alasan bahawa mahkamah tidak 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA. Mahkamah memutuskan bahawa sampel-sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum sampai ke jabatan kimia untuk dianalisis.

Bagaimanap­un, Mahkamah Rayuan mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful dan memutuskan bahawa hakim bicara telah terkhilaf dalam keputusann­ya mengenai sampel itu berdasarka­n keterangan dua saksi pakar yang dipanggil oleh pihak pembela.

Anwar dikatakan melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominiu­m Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar akan diwakili oleh barisan peguam diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n.

Pendakwaan akan dijalankan oleh pasukan timbalan pendakwa raya dari Jabatan Peguam Negara.

“Para pegawai saya dari Jabatan Peguam Negara lebih daripada berkelayak­an untuk mengendali­kan kes. Untuk pengetahua­n, saya tidak berada dalam negara buat masa ini,” kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi

Para pegawai saya dari Jabatan Peguam Negara lebih daripada berkelayak­an untuk mengendali­kan kes. Untuk pengetahua­n, saya tidak berada dalam negara buat masa ini. Tan Sri Mohamed Apandi Ali Peguam Negara

Ali melalui SMS ketika ditanya siapakah akan mengetuai pasukan pendakwaan.

Sebelumnya, semasa rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwa raya.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara (pada ketika itu) secara “fiat” (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembaga­an Persekutua­n untuk mengendali­kan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n.

Surat pelantikan beliau ditandatan­gani oleh Peguam Negara pada 2 Julai, 2013. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISIASAT: Sue dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterwort­h semalam, atas pertuduhan mengikut Seksyen 49 (1) Akta Penggubaha­n Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
— Gambar Bernama DISIASAT: Sue dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterwort­h semalam, atas pertuduhan mengikut Seksyen 49 (1) Akta Penggubaha­n Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia