Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan kakitangan Pejabat Residen Bahagian Kuching dipandang serius

-

KUCHING: Kementeria­n Kerajaan Tempatan mengambil serius isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi Pejabat Residen Bahagian Kuching dalam memberi perkhidmat­an di kawasan pertadbira­n yang luas.

Menterinya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata perkara itu akan diusulkan dalam kabinet negeri agar satu penanda aras bagi Pejabat Residen Bahagian Kuching dibuat.

“Di sini (Pejabat Residen Bahagian Kuching kekurangan pekerja, tetapi mereka berjaya melakukan tugas dengan baik.

“Apa yang penting, kita akan bawa perkara ini kepada kabinet dan Ketua Menteri, supaya Pejabat Residen Bahagian Kuching mempunyai ‘iconic landmark’,” katanya.

Dr Sim berkata demikian semasa menghadiri Majlis Penyerahan Surat Lantikan Temenggung Komuniti Cina kepada Tan Joo Phoi oleh Residen Bahagian Kuching Shukarmin Chasemon.

Mengulas lanjut, beliau berkata pejabat itu menjadi tumpuan ramai yang ingin membuat pelbagai urusan perkhidmat­an.

Justeru, jelasnya kekurangan kakitangan antara kekangan utama yang dihadapi pejabat itu menjalanka­n urus tadbir dalam mengendali kawasan yang luas.

Katanya bidang kuasa Pejabat Residen Bahagian Kuching meliputi kawasan Kuching, Bau, Lundu dan Sematan yang mempunyai jumlah populasi yang besar.

“Sebelum ini Serian juga berada di bawah pentadbira­n Pejabat Residen Bahagian Kuching, sebelum ia dinaik taraf menjadi bahagian baharu,” katanya.

Jika perlu, setiap sub-bahagian mempunyai pejabat cawangan bagi memudahkan urusan orang ramai dengan Pejabat Residen Bahagian Kuching.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Tan Joo Phoi atas pelantikan sebagai Temenggung komuniti Cina yang baharu.

Sementara itu, Tan ketika ditemui berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana diberi kepercayaa­n untuk menggalas tanggungja­wab itu.

“Bagi saya, ia merupakan kesinambun­gan perkhidmat­an kepada masyarakat,” jelasnya yang telah berkhidmat sebagai ahli politik lebih 20 tahun sebagai wakil rakyat.

Shukarmin dalam ucapan ringkasnya berharap agar dengan pelantikan itu, kerjasama erat bersama Tan akan terus terjalin dalam bersama-sama memperting­katkan pentadbira­n di kawasan Kuching khasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia