Utusan Borneo (Sarawak)

DESTINASI PILIHAN PEMAIN DUNIA

Kejohanan Tenis Piala Ketua Menteri Sirkit Remaja ITF terus dapat sambutan hangat

- Oleh Harry Ilias

Mereka sentiasa berminat datang ke Sarawak kerana SLTA memastikan mereka diberi layanan baik. Secara tidak langsung, kejohanan ini membawa nama baik Sarawak ke seluruh dunia. Datuk Patrick Liew Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak

KUCHING: Acara ikonik tahunan Kejohanan Tenis Piala Ketua Menteri Sarawak Sirkit Remaja ITF kian mendapat sambutan pemain-pemain tenis remaja terbaik dari seluruh dunia.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak ( SLTA), Datuk Patrick Liew berkata sambutan terhadap kejohanan itu setiap tahun amat menggalakk­an dan ramai pemain yang bertanding sebelum ini datang semula menyertai kejohanan itu.

Menurutnya, sambutan terhadap kejohanan itu amat menggalakk­an setiap tahun. Untuk edisi kali ini, seramai 30 peratus peserta mengambil bahagian adalah yang pernah bertanding sebelum ini manakala 70 peratus adalah muka baharu.

“Mereka sentiasa berminat datang ke Sarawak kerana SLTA memastikan mereka diberi layanan baik. Secara tidak langsung, kejohanan ini membawa nama baik Sarawak ke seluruh dunia,” katanya mengulas penganjura­n Kejohanan Tenis Piala Ketua Menteri Sarawak (II), Sirkit Remaja ITF (Gred 3) yang memulakan saingan di gelanggang SLTA di sini semalam.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri, badan korporat dan swasta yang telah banyak membantu SLTA menganjurk­an kejohanan itu selama ini.

Untuk edisi kali ini yang turut dikenali sebagai ‘winter leg’, seramai 96 pemain lelaki dan wanita berusia 13 hingga 18 tahun mewakili 26 negara berentap memburu kejuaraan.

Sementara itu, atlet SUKMA Sarawak, Isaac Noah Hui antara lima pemain negara yang terkandas awal dalam pusingan pertama acara perseorang­an lelaki semalam.

Beliau tunduk 6-2, 6-2 di tangan pemain India, Theertha Shashank Macherla.

Turut kecundang Muha- mad Asyraff Mohd Safian, Yugantaars­hwar Ganesan, Satveer Seth Singh, Sheikh Ameer Abdullah Shikh Ahmad Alias dan Darrshan Suresh.

Bagaimanap­un, Shamirul Shahril Mohd Adam, Christian Didier Chin dan Sri Aakash Reddiyar berjaya melepasi ujian awal selepas menundukka­n lawan mas- ing-masing.

Shamirul menewaskan Keonho Shin dari Korea Selatan (6-1, 6-2), Christian mengatasi wakil Sweden, Erik Grevelius (3-6 6-3 6-3) dan Sri Aakash terpaksa berhempas-pulas sebelum berjaya menundukka­n seorang lagi wakil Sweden, Kevin Candido Magnusson dengan 7-6(5) 6-4.

Nasib sama menyelubun­gi skuad wanita negara apabila empat pemain ‘gulung tikar’ pada pusingan pertama.

Pemenang emas SUKMA Sarawak, Sara Nayar dari Terengganu tersingkir awal selepas disingkirk­an Hyeran Yun dari Korea Selatan dengan 6-1, 6-1.

Turut tersingkir pemain Sarawak, Lin Xin Tan selepas tewas 6-0, 6-0 di tangan pemain Jepun, Risa Fukutoku. Dua lagi pemain yang turut tewas ialah Haarini Balakrishn­an dan Suhana Sofia Mohd Adam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERMULA: Patrick (depan, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur, pengurus-pengurus pasukan dan pemain-pemain sebelum perlawanan bermula semalam.
BERMULA: Patrick (depan, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur, pengurus-pengurus pasukan dan pemain-pemain sebelum perlawanan bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia