Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar, kafe di Baghdad dibom

Para penyerang turut melepaskan tembakan dan menahan tebusan

-

BAGHDAD: Beberapa penyerang bersenjata dan pengebom nekad membunuh sekurang- kurangnya 12 orang di kawasan pasar sibuk di Baghdad, sementara dua letupan di sebuah kafe di utara ibu negara meragut 20 nyawa lagi.

Satu serangan yang diakui oleh kumpulan Islamic State ( IS) dan melibatkan letupan nekad, pertempura­n dan penahanan tebusan menimbulka­n ketegangan di kawasan kejiranan timur Baghdad al-Jadida.

“Sebuah kereta muncul, penyerang bersenjata keluar dan berkeliara­n.

“Mereka mulai menembak, membunuh orang, ramai mati,” menurut saksi, Salman Hussein.

Pemuda yang terkejut itu menceritak­an semula bagaimana salah seorang penyerang telah menahan seorang pemilik kedai dan bercakap di telefon bimbit sebelum meletupkan tali pinggang bomnya.

“Kereta yang mereka gunakan dipenuhi bahan letupan dan turut diletupkan,” kata beliau.

Ketua Arahan Operasi Baghdad Leftenan Jeneral Abdelamir al- Shammari menegaskan kepada wartawan di tempat kejadian bahawa situasi segera dikawal.

Beliau menafikan laporan beberapa pegawai polis Baghdad dan kementeria­n dalam negeri bahawa penyerang telah menahan beberapa orang sebagai tebusan di pusat beli-belah berhampira­n Zahrat Baghdad.

Namun seorang pegawai kanan polis memberi keterangan berbeza, menyatakan penyerang telah melepaskan tembakan secara rambang dan meletupkan­bomkeretad­ijalan raya sebelum memasuki pusat beli-belah dan mengambil beberapa tebusan.

“S e m a s a p a s u k a n keselamata­n semakin hampir, mereka telah membunuh tiga tebusan,” kata beliau.

Beberapa sumber lain memberi keterangan sama.

Rentetan serangan yang amat berbeza daripada modus operandi IS di Baghdad, masih belumjelas­dankenyata­anyang dikeluarka­n pelampau secara dalam talian memberikan beberapa maklumat.

Ia menyatakan serangan telah dilancarka­n empat anggota tentera kumpulan dan menyasari orang Syiah.

Ia menyatakan salah seorang anggota IS telah meletupkan dirinya sendiri dalam sebuah kenderaan sarat bahan letupan ketika ‘ golongan murtad menghantar pasukan bantuan’.

IS mendakwa seramai 90 orang telah terkorban atau tercedera.

“Orang- orang ini telah menembak di semua tempat, malah terdapat seorang lelaki membawa PRG (roket pelancar bom tangan),” kata Fadhel, seorang lagi saksi dari al-Jadida.

“Saya melihat mayat seorang kanak-kanak kecil yang terdampar di atas tanah di sana.

“Apakah dosa mereka ini sehingga terpaksa menerima nasib sebegini?” kata beliau.

Pihak polis dan sumber hospital menyatakan angka kematian akibat serangan, salah satu daripada yang paling teruk melanda Baghdad dalam masa beberapa bulan, seramai 12 dan lebih 30 kecederaan.

Hampir serentak, pengeboman yang membunuh sekurang- kurangnya 20 orang di sebuah kafe di pekan Muqdadiyah di timur laut Baghdad, menurut pegawai keselamata­n.

Sebutir bom meletup di kafe dan seorang pengebom nekad telah meletupkan sebuah kenderaan sarat bahan letupan selepas orang ramai berkumpul di tempat kejadian, kata seorang kapten polis dan seorang kolonel tentera.

IS turut mengakui serangan Muqdadiyah dan menamakan pengebom nekad itu sebagai rakyat tempatan Abu Abdallah.

Gabungan serangan kelmarin merupakan salah satu hari paling teruk dalam keganasan sejak beberapa bulan di kawasan bukan barisan hadapan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia