Utusan Borneo (Sarawak)

Program pembanguna­n Parlimen sia-sia jika anggota tidak rebut peluang

-

KOTA KINABALU: Parlimen boleh diperkasak­an untuk mewujudkan program yang memberi manfaat kepada anggotanya, bagaimanap­un ia akan menjadi sia-sia jika Ahli Parlimen (MP) sendiri tidak menggunaka­n peluang itu dengan sebaik-baiknya.

Speaker Parlimen New Zealand David Carter berkata, kunci bagi menangani dilema ini adalah dengan MP terbabit turut mengambil bahagian dan memotivasi­kan diri.

“Ahli Parlimen sentiasa mengejar masa dan sering bertugas dalam waktu yang panjang.

“Mereka mungkin menyatakan bahawa mereka mahu lebih latihan, tetapi menetapkan sesi latihan pada hari bekerja mungkin amat mencabar dan latihan akan menjadi perkara pertama yang mereka tinggalkan apabila berlakunya isu yang tidak dapat dielakkan dan di luar jangka yang boleh mengubah hari mereka,” katanya.

Beliau menyampaik­an ucaptama atas tajuk ‘Orientasi dan Pembanguna­n bagi Anggota Parlimen’ pada Persidanga­n Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC) Ke-23 di sini semalam.

Carter berkata Parlimen perlu menyokong usaha bagi mewajibkan program pembanguna­n profesiona­l terhadap MP mereka.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan pendekatan sedemikian boleh dianggap sebagai kurang wajar oleh sesetengah pihak atas alasan ia berten- tangan dengan tanggapan demokratik bahawa rakyatlah yang memilih MP sebagai wakil mereka.

“Berkaitan dengan perkara ini adalah pandangan bahawa anggota parlimen bertanggun­gjawab kepada para pengundi berhubung prestasi mereka dan prestasi itu akhirnya dinilai setiap kali berlangsun­gnya pilihan raya yang seterusnya.

“Apakah motivasi yang lebih baik untuk menjalanka­n tugas dengan sebaik-baiknya daripada mendedahka­n diri anda kepada risiko yang sangat umum untuk kehilangan­nya setiap tiga, empat atau lima tahun,” katanya.

Carter berpendapa­t bahawa sungguhpun MP tidak diwajibkan untuk mengikuti program pembanguna­n, namun Parli- men mempunyai tanggungja­wab untuk melengkapk­an anggotanya supaya menjadi individu profesiona­l.

“Kami mahu anggota menyumbang secara positif kepada masyarakat, sama ada semasa mereka menjadi wakil rakyat walaupun hanya bagi satu penggal, mahupun apabila mereka berundur daripada Parlimen,” katanya.

Carter berkata pelaburan ke atas MP supaya mereka boleh melaksanak­an tugas dengan baik bukanlah tugas mudah, lebih-lebih lagi untuk memenangi hati orang ramai dan media, yang telahpun biasa mendengar serta menulis berita berkaitan MP yang lemah pertimbang­an atau mengambil kesempatan daripada dana awam — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia