Utusan Borneo (Sarawak)

JDT, Frenz United jalin kerjasama

-

JOHOR BAHARU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir menjalin kerjasama dengan kelab bola sepak tempatan, Frenz United bagi tujuan pembanguna­n bola sepak kedua-dua pihak.

Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah kerjasama itu bertepatan dengan usaha JDT untuk meningkatk­an mutu sukan berkenaan sekali gus melahirkan pemain profesiona­l serta berintegri­ti.

“Kita sudah mencapai 99.9 peratus untuk bekerjasam­a dengan Frenz United dan dengan apa yang dicapai oleh Frenz United selama ini, maka JDT cuba buat perkara yang sama dalam program akar umbi.

“Keputusan ini juga amat tepat bagi mewujudkan hubungan yang akrab antara kedua-dua pihak demi masa depan bola sepak tanah air,” titah Tunku Ismail kepada pemberita, di sini semalam.

Turut hadir, pemilik Frenz United Rashid Maidin dan Pengarah Sukan kelab JDT, Alistair Edwards.

Tunku Ismail bertitah kerjasama itu menunjukka­n JDT bukan sahaja berhasrat menjalin kerjasama dengan kelab luar negara, tetapi juga kelab dalam negara, lebih-lebih lagi baginda dan Rashid mempunyai minat begitu mendalam terhadap bola sepak.

Baginda bertitah menerusi kerjasama itu, Frenz United yang mempunyai akademinya di Janda Baik, Pahang menerima pelbagai manfaat untuk menggunaka­n kemudahan milik JDT II dan JDT III termasuk Stadium Perbandara­n Pasir Gudang tanpa dikenakan bayaran.

“Di Akademi Bola Sepak JDT yang akan dibina di Kulai, katakan ada 20 padang, kita akan simpan 18 padang dan beri dua padang kepada Frenz United untuk kegunaan kelab itu termasuk mempunyai bangunan sendiri.

“Kita juga akan membangunk­an pemain di peringkat akar umbi sehingga satu hari nanti akan ada perjanjian untuk pemain Frenz United mewakili kelab JDT,” titah Tunku Ismail.

Untuk rekod, JDT sebelum ini sudah menjalin kerjasama dengan kelab bola sepak terkemuka di Jerman, Borussia Dortmund dalam pembanguna­n bola sepak.

Kelab JDT juga meraih tiga piala musim lepas apabila merangkul Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Kejayaan cemerlang itu menyaksika­n JDT membolot lapan daripada 17 anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 pada Disember, termasuk anugerah khas di atas kejayaan mereka menjadi wakil pertama Malaysia muncul juara Piala AFC sejak ia diperkenal­kan pada 2004. — Bernama

 ??  ?? RAJAGOBAL
RAJAGOBAL
 ??  ?? JUARA: Skuad Sun Garden meraikan kejayaan bersama penganjur setelah menjuarai Bintulu Futsal5v5 Season A 2016 di Bintulu.
JUARA: Skuad Sun Garden meraikan kejayaan bersama penganjur setelah menjuarai Bintulu Futsal5v5 Season A 2016 di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia