Utusan Borneo (Sarawak)

Menerima sokongan padu penyokong sejak membimbing Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, Datuk K Rajagobal akui ‘ tersentuh’ dengan sokongan padu penyokong di sini terhadapny­a sejak diberi kepercayaa­n membimbing skuad Ngap Sayot itu.

Menurutnya, sokongan seperti itu penting dan skuad Sarawak amat memerlukan­nya apabila menempuh kempen Liga Malaysia musim ini.

“Saya amat berterima kasih dan tersentuh dengan penyokong di sini. Mereka sentiasa hadir memenuhi stadium setiap kali kita menjalani latihan,” katanya.

Saya amat berterima kasih dan tersentuh dengan penyokong di sini. Mereka sentiasa hadir memenuhi stadium setiap kali kita menjalani

” latihan. Datuk K Rajagobal Ketua Jurulatih Sarawak

“Bagi saya ia sesuatu yang berlainan walaupun saya pernah bersama dengan pasukan- pasukan lain,” katanya ditemui di sini semalam.

Menurut Rajagobal, beliau bersama skuadnya akan bekerja keras membalas sokongan yang diberikan penyokong setia Sarawak sambil berharap kepada semua pemain menyedari se- mangat ditonjolka­n oleh penyokong di sini untuk dijadikan perangsang mempamerka­n persembaha­n cemerlang nanti.

Jurulatih berusia 59 tahun itu bagaimanap­un berharap penyokong setia Ngap Sayot faham dan memberinya masa untuk membentuk skuad yang benar-benar mantap pada musim ini.

“Saya mahu pemain- pemain muda berkembang kerana mereka adalah masa depan. Itu yang saya fokuskan kerana mahu Sarawak mempunyai ramai pemain berkaliber.

“Saya juga mahu pasukan lain hormat dengan Sarawak dan kita tidak takut dengan manamana pasukan yang bakal ditempuhi,” katanya.

Sarawak giat menjalani l a t i h a n p e r s i a - pan untuk menghadapi kempen Liga Super yang akan disingkap tirainya pada 13 Februari depan dan saingan kempen Piala FA 2016 yang bakal bermula 30 Januari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia