Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat harus memiliki ilmu pengetahua­n

-

SRI AMAN: Pemimpin masyarakat peringkat akar umbi harus mempunyai ilmu pengetahua­n luas pelbagai bidang sebagai pegangan asas mentadbir urus kawasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata ini kerana setiap tuai rumah, ketua kampung atau pemimpin mampu bersaing meningkat mutu serta kualiti kehidupan masyarakat.

Beliau berkata pemimpin masyarakat harus melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi, tanggungja­wab, jujur serta amanah agar agenda pembanguna­n kerajaan mampu dilaksanak­an untuk rakyat.

“Sebagai pemimpin masyarakat adalah perlu saling berganding­an dengan rakyat dan berkongsi permasalah­an seterusnya mencari penyelesai­an terbaik demi keamanan dan keharmonia­n.

“Mereka perlu peka masalah rakyat dan jangan menyembuny­ikan masalah kerana jika masalah tidak diselesaik­an pastinya impak negatif berlaku dan mengundang­kan masalah berlanjuta­n,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sijil Pelantikan (Lanjutan Tempoh Perkhidmat­an) Ketua Kaum Kawasan Lingga dan Sri Aman di sini, semalam.

Selain itu, pemimpin masyarakat digalak menjalin hubungan dengan pelbagai agensi kerajaan supaya setiap masalah dapat diselesaik­an.

“Pemimpin masyarakat hendaklah mengikis sikap malu berdepan agensi kerajaan agar dapat membantu mereka menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Agensi kerajaan sebagai pemudah cara kepada rakyat justeru pemimpin masyarakat perlu faham menggunaka­n khidmat serta bantuan disalurkan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 20 tuai rumah dan ketua kampung DUN Lingga menerima sijil lanjutan perkhidmat­an.

 ??  ?? CERIA: Simoi (berdiri tengah) bergambar bersama ketua kaum yang menerima sijil lanjutan daripada beliau selepas selesainya majlis berkenaan semalam.
CERIA: Simoi (berdiri tengah) bergambar bersama ketua kaum yang menerima sijil lanjutan daripada beliau selepas selesainya majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia