Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Jantung HUS dipertingk­at

Mampu kendali 15 prosedur andiogram, ‘stenting’ sehari dengan beroperasi­nya makmal kardiak kedua

- Oleh Patricia Gari

Pusat Jantung sangat bertuah kerana sudah ada makmal kardiak kedua yang mula beroperasi awal tahun ini untuk melakukan prosedur andiogram dan ‘stenting’ atau pemasangan wayar bagi

” mengelak arteri jantung tersumbat.

KOTA SAMARAHAN: Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak ( HUS) mampu mengendali­kan lebih banyak prosedur andiogram dan ‘stenting’ sehari dengan beroperasi­nya makmal kardiak kedua pada awal tahun ini.

Pengarahny­a Dr Mohd Asri Riffin berkata dengan adanya makmal kedua itu, Pusat Jantung HUS kini mampu mengendali­kan kira- kira 15 prosedur andiogram dan ‘stenting’ sehari berbanding sebelum ini.

“Pusat Jantung sangat bertuah kerana sudah ada makmal kardiak kedua yang mula beroperasi awal tahun ini untuk melakukan prosedur andiogram dan ‘stenting’ atau pemasangan wayar bagi mengelak arteri jantung tersumbat.

“Pesakit yang melakukan prosedur ini kami kategorika­n sebagai ‘per day care patient’. Mereka akan diberi pulang pada hari sama selepas prosedur dilakukan kalau keadaan kesihatan stabil manakala yang dari luar Kuching, mereka akan dibenarkan pulang pada keesokan harinya,” jelas Dr Mohd Asri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas program lawatan Tahun Baharu Cina anjuran Yayasan Jantung Sarawak (YJS) ke Pusat Jantung HUS di sini, semalam.

Tambahnya makmal kedua kardiak itu amat diperlukan memandangk­an kes penyakit berkaitan jantung menunjukka­n trend yang meningkat dari tahun ke setahun.

“Memang kalau ikut, ada peningkata­n kes dari tahun ke setahun dan melibatkan pesakit semuda umur 20 tahun disebabkan gaya hidup yang tidak mementingk­an pemakanan sihat dan senaman.

“Ia juga disebabkan beberapa faktor antaranya kes dapat dikesan lebih awal dan meningkatn­ya kesedaran dalam kalangan pesakit untuk datang menerima rawatan ditambah kemudahan melakukan pembedahan dan prosedur kardiologi jantung yang baik di sini,” jelasnya.

Dr Mohd Asri berkata ketika ini pusat berkenaan mempunyai dua pakar anesthesio­logi atau pakar bius dan tiga pakar bedah jantung dengan kapasiti katil 106.

Beliau memberitah­u dengan kekuatan itu, Pusat Jantung HUS mampu melakukan dua hingga tiga operasi jantung sehari dengan setiap operasi mengambil masa lima hingga lapan jam bergantung kepada kes.

“Kadang-kadang ada operasi yang kami rujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN) terutama melibatkan kes pediatrik kerana buat masa ini kami tidak mempunyai pakar bedah jantung kanakkanak.

“Kami juga akan merujuk kes yang berisiko tinggi ke IJN kerana di sana terdapat ramai pakar dan kemudahann­ya lengkap,” jelasnya sambil menambah, secara purata 15 pesakit dimasukkan ke wad Pusat Jantung HUS sehari.

Sementara itu, YJS mengagihka­n 136 sumbangan Tahun Baharu Cina dan angpau kepada pesakit Pusat Jantung Sarawak yang disempurna­kan Ahli Lembaga Amanahnya Datuk Anne Teng dan Eric Lim.

Dr Mohd Asri Riffin Pengarah Pusat Jantung HUS

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Adenan (tujuh kiri) turut bergambar bersama delegasi dari Shanghai Taison Pulp-Making dan Acacell yang diketuai oleh Wu Mingxi (enam kiri).Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Acacell Rodziah Morshidi (enam kanan) dan Shukarmin Chasemon (empat...
KENANGAN: Adenan (tujuh kiri) turut bergambar bersama delegasi dari Shanghai Taison Pulp-Making dan Acacell yang diketuai oleh Wu Mingxi (enam kiri).Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Acacell Rodziah Morshidi (enam kanan) dan Shukarmin Chasemon (empat...
 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Dari dua kanan) Dr Asri, Teng dan Lim bergambar bersama petugas dan ketua jururawat Pusat Jantung HUS.
UNTUK ALBUM: (Dari dua kanan) Dr Asri, Teng dan Lim bergambar bersama petugas dan ketua jururawat Pusat Jantung HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia