Daftar anak ikut nama bapa
Ini penting bagi pastikan anak-anak tahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai ibu dan bapa
“Di bawah Seksyen 11, kedua-dua ibu dan bapa bayi perlu membuat akuan sumpah di Pejabat Daerah bagi mendapatkan sijil kelahiran bayi meskipun ” pasangan itu belum berkahwin. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga
MIRI: Pasangan remaja yang melahirkan anak sama ada sudah bernikah atau sebaliknya harus mendaftarkan anak mereka mengikut nama bapa di bawah Seksyen 11, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata ini penting bagi memastikan anak-anak terbabit tahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai ibu dan bapa.
“Di bawah Seksyen 11, kedua- dua ibu dan bapa bayi perlu membuat akuan sumpah di Pejabat Daerah bagi mendapatkan sijil kelahiran bayi meskipun pasangan itu belum berkahwin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti Remaja Hamil Sarawak (OSTPC) di sini, semalam.
Menurutnya, bagi pasangan beragama Islam nama bayi tidak boleh diletakkan atas nama bapa pada surat kelahiran namun nama bapa hanya boleh diletakkan pada surat akaun sumpah.
“Bagi bayi beragama Islam tidak boleh dinasabkan (bin atau binti) kepada bapa tetapi di atas dokumen akuan sumpah, nama bapa boleh dil- etakkan sebagai maklumat,” katanya.
Fatimah memberitahu, perkara ini perlu didedahkan kepada ibu bapa yang menerima rawatan di klinik atau hospital agar tidak menyusa- hkan masa depan anak-anak mereka.
Katanya, OSTPC telah ditubuhkan di semua daerah dengan tujuan memberi bantuan kepada ibu remaja hamil sehingga selamat melahirkan anak.
Beliau berkata Sarawak berada pada tangga kedua selepas Sabah statistik kes kehamilan tertinggi melibatkan remaja di Malaysia.
“Bagaiamanapun, kita ber- jaya mengurangkan statistik kehamilan remaja iaitu daripada 3,401 kes pada 2014 kepada 2,663 kes sehingga November tahun lalu dengan penurunan sebanyak 19 peratus,” katanya.
Tambahnya, bagi OSTPC dari 157 kes yang dicatatkan sehingga November lalu sebanyak 85 berjaya diselesaikan.
“Penurunan statistik kehamilan remaja itu adalah hasil kerjasama semua pihak mengadakan kempen kesedaran melibatkan agensi- agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan,” jelasnya.
OSTPC melibatkan pelbagai agensi dan jabatan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Wanita, Jabatan Agama, Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Pendidikan.
“Bila kes dibangkit khasnya kes rumit, ahli-ahli akan duduk semeja dan berbincang.
“Semua masalah diselesaikan dalam mesyuarat. Kita juga mahu masalah diselesai dalam masa cepat,” jelas Fatimah.
Antara bantuan yang diberi ialah pendaftaran bayi, proses anak angkat, bantuan bulanan serta kemahiran.
Fatimah menambah, isu remaja hamil harus mendapat perhatian serius kerana memberi implikasi besar terhadap pembangunan institusi keluarga dan sosial.