NGO urus mayat bukan Islam perlu peruntukan khas k’jaan
KLANG: Persatuan Kebajikan Khairat Pengebumian Kaum India Selangor (KHAIS) semalam memohon peruntukan khas daripada kerajaan bagi menjalankan kerja menguruskan mayat bukan Islam yang tidak dituntut di negara ini.
P r e s i d e n n y a D.Dhatchinamoorthy ber- kata peruntukan itu diperlukan bagi memudahkan NGO itu membantu hospital kerajaan menguruskan mayat bukan Islam yang tidak dituntut di rumah mayat.
“Setakat ini, KHAIS menguruskan lapan mayat bukan Islam yang tidak dituntut dan kami perlukan peruntukan khas bagi meneruskan kerja mulia ini.
“Ini penting bagi membantu mengoptimumkan pengurusan kos ditanggung hospital selain mengurangkan kesesakan di tempat simpanan mayat,” katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata pihaknya membelanjakan hampir RM2,000 bagi setiap urusan pengebumian mayat tidak dituntut, hasil sumbangan orang ramai.
Dhatchinamoorthy berkata KHAIS, yang mempunyai 20 sukarelawan, turut menguruskan anggota badan terbiar atau tidak dituntut waris.
“Banyak anggota badan pesakit bukan Islam seperti kaki yang dipotong akibat kencing manis dibiarkan di hospital kerajaan kerana tiada waris tampil membuat tuntutan,” katanya.
Menurutnya KHAIS memerlukan sekurang-kurangnya 50 sukarelawan bagi menguruskan mayat tidak dituntut.
Mereka yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 10104- 4100010411-1.
Dhatchinamoorthy berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Facebook KHAIS atau menghubunginya di talian 0177646933 dan 0126700762. — Bernama