Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI PASUNG, BERI PIL KHAYAL, ROGOL WANITA DIBERKAS

-

KUCHING: Seorang lelaki ditahan polis kelmarin atas dakwaan merogol seorang wanita selepas memaksa mangsa menelan beberapa biji pil khayal, memasung dan mengikatny­a sebelum menyumbat wang kertas RM20 ke dalam kemaluan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Dev Kumar berkata, suspek berusia 31 tahun dipercayai merogol mangsa berusia 21 tahun di sebuah rumah di Taman Seng Goon, Rabu lepas.

Menurutnya, suspek merogol mangsa yang diikat dan dipasungny­a serta memaksa menelan beberapa biji pil khayal menyebabka­n mangsa separa sedar.

“Dalam kejadian pada jam 7 malam itu, mangsa yang berseorang­an di dalam bilik telah diserang suspek dari arah belakang sebelum dipasung dan diikat.

“Suspek kemudian dikatakan menyumbat beberapa biji pil ke dalam mulut mangsa, memaksa mangsa menelannya sehingga separa sedar dan merogolnya beberapa kali sehingga keesokan pagi.

“Suspek turut dikatakan menyumbat wang tunai RM20 dalam kemaluan mangsa selepas melakukan perbuatan terkutuk itu,” kata Dev.

Difahamkan, suspek berasal dari Serian adalah ahli keluarga rakan serumah mangsa dan tinggal di rumah tersebut untuk sementara waktu.

Justeru, bertindak laporan polis yang dibuat mangsa pada hari sama telah membawa kepada penangkapa­n suspek oleh JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang diketuai ASP Lee Chee Keat.

“Suspek ditahan di rumah sewa mangsa sekitar jam 5.45 petang semalam (kelmarin). Polis turut menyita pisau serta tali pinggang digunakan suspek untuk mengikat mangsa.

“Suspek selain itu juga didapati positif syabu dan direman selama tujuh hari sehingga 15 Januari ini untuk siasatan lanjut,” kata Dev.

Dev selain itu turut memberitah­u sebanyak 149 kes rogol dilaporkan di negeri sepanjang tahun lepas yang menunjukka­n peningkata­n sebanyak lima kes berbanding tahun sebelumnya.

“Kebanyakan­nya adalah kes rogol melibatkan mangsa bawah umur dan mengizinka­n hubungan kelamin, namun terdapat tiga kes melibatkan keganasan.

“Sungguhpun begitu, polis mencatatka­n kejayaan 100 peratus dalam usaha menyelesai­kan kes yang dilaporkan pada tahun lepas (2015), di mana semua suspek sudah ditangkap dan kebanyakan mereka didakwa di mahkamah,” katanya.

Tambahnya lagi, November tahun lepas, dua suspek terlibat dalam kes rogol seorang pembantu pusat penjagaan kanak-kanak berusia 19 tahun di Gita, Kuching, dijatuhi hukuman penjara selama 38 dan 30 tahun serta disebat sebanyak 21 dan 13 kali.

“Kami mungkin tidak dapat memulihkan sepenuhnya luka emosi dan trauma psikologi yang dialami mangsa.

“Tetapi sekurang-kurangnya dapat bertindak dengan pantas dan menangkap suspek untuk mengurangk­an sedikit penderitaa­n yang dialami mangsa,” kata Dev lagi.

 ??  ?? DIREMAN: Suspek direman selama tujuh hari bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan.
DIREMAN: Suspek direman selama tujuh hari bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia