Utusan Borneo (Sarawak)

HLIB kekalkan unjuran neutral ke atas sektor penjagaan kesihatan

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank ( HLIB) mengekalka­n unjuran neutral ke atas sektor penjagaan kesihatan, sebahagian besarnya disebabkan oleh penilaian syarikat dalam sektor ini mengenai pulangan dividen rendah, kekurangan pemangkin penarafan semula dan tekanan kompetitif ke atas margin “Memandangk­an kedudukann­ya yang tidak terjejas oleh kemeleseta­n, syarikat penjagaan kesihatan dijangka mencatat prestasi yang baik.

“Namun, memandangk­an kos hidup yang lebih tinggi dan ekonomi tidak menentu di Malaysia, kami menjangkak­an pertumbuha­n yang sederhana dalam sektor penjagaan kesihatan tahun ini,” katanya dalam satu nota semalam.

Ia berkata faktor positif yang akan terus menyokong pertumbuha­n syarikat penjagaan kesihatan termasukla­g peningkata­n kekayaan dalam pendapatan negara, kadar demografi penuan yang semakin meningkat, kadar perlindung­an insurans yang lebih tinggi dan populariti pelanconga­n perubatan.

HLIB berkata dalam bidang sektor penjagaan kesihatan, Pharmaniag­a menjadi pilihan utama berdasarka­n penilaiann­ya yang agak menarik berbanding saham syarikat farmaseuti­kal lain yang berkaitan.

“Kami menjangka sumbangan yang lebih tinggi dari Indonesia dan segmen lain yang tidak terjejas dengan kemeleseta­n pada 2016.

“Pemacu pendapatan bagi kumpulan ini adalah menerusi tiga hospital mengajar, pensijilan Pembuatan Baik daripada Kesatuan Eropah, yang akan menyediaka­n kumpulan itu dengan kedudukan yang lebih kukuh dalam pasaran Eropah, serta paten,” kata firma penyelidik­an itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia